nuffnang code

Sunday, 14 November 2021

All Too Well

 There's a time i remembered every single thing too well.

And keep asking the hows and the whys.

2 times. Different place and time. Different in storyline.

The memories that never recede. And there I'm begging for another chance.


There's your sweater, still neatly hanging in my wardrobe.

A year had passed but still your picture in my purse.

Am i not over it yet, or it just a process of adapting.

the stain seems permanent, maybe not in heart but in my head.


It is really hard. when you lost interest in everything.

The matter that once excite you, not anymore.

Or it is because the losing of someone, who is the source of inspiration. 

Make the world slowly collapsing.


Wednesday, 6 January 2021

New leaf means new life. 2021.

 You cannot start the new chapter of you life if you keep re-reading last one.



Sigh. I wouldn't ever expect that 2020 did really had my life changed. Entirely. The end of everything. The book that i read and the last chapter of 2020... would ever be this hard and sore.

Benarlah hati manusia itu terlalu rapuh. Terlalu kemas kau genggam hanya akan menghancurkan namun jika gengaman itu longgar, kau terlepas.

Dan waktu itu baru kau sedar, semua itu hanya sementara.


2020. I didn't expect that i will be placed at my hometown. Last time in my posting i did mention that i am working as a staff of HSNZ. And after 4 months there, i've got a new placement, new workplace and new colleagues. To be able to restart a new life, quite some struggle for the person like me. Tapi alhamdulillah, i've made it. benarlah orang kata, the start always the harder. sekarang aku bertugas as staffnurse di Dewan Bedah Hospital kemaman. pheww. dewan bedah weh.

being in a new place is challenging. Operational Theather isnt a choice but a fate. It is quite fun here. aku tak perlu bergaduh dengan relatives, layan perangai 'manjalitis' patient kerja separuh mati. the environment here agak terapeutik berbanding dengan ward. aku enjoy dekat sini. nak balik rumah pun senang. setiap minggu boleh rasa masakan ma. bahagia do'oh  doh orang Ganu sebut.   


But somewhere over the rainbow and joy, there is a slight streak of lightning. mungkin selama ni aku terlalu konfiden, yakin dan selesa. Aku terlalu seronok pada satu space yang aku create sendiri without realizing that i have been standing too close to the edge. Dan aku tergelincir, jatuh ke jurang tanpa penghujung. Hujung 2020 menjadi penghujung kisah aku dan dia. My Deer and I.

It's tearing me apart.

It's killing me.

And yeah, i already died inside.


When and where the things go wrong initially. What and how this happen?  I keep questioning myself, asking for a whys and whys. Aku makin buruk ke? Tak cukup komunikasi ke? Sebab tak kerja sekali dah ke? Atau asyik gaduh??

My Deer cukup baik. Aku tak mampu nak benci dia. Walaupun ada perkara yang kami bercanggah, satu yang aku mampu cakap. Dia seorang yang baik. buruk dia, biar Tuhan je yang simpan. Kadang tu kita hanya mampu merancang namun untuk penentuan dia hanya Allah s.w.t.


Macam mana nak cakap eh. Sedih? Damn yeah. Apa yang kita usahakan, masa yang kita luangkan dan kisah yang kita kongsi. Every single days. Hairan bagaimana out of the blues, semua sudah tak macam dulu.


Tapi kita siapa nak tolak takdir. And the closed book, might not be open again.

Wednesday, 3 June 2020

It's 2020

assalamualaikum w.b.t.

And here I am. I thought everything would change when the world reach 2020. Yeah it really did but not any better.

We never know that one simple thing, like virus, a little tiny things, would change entire humankind. Darurat, perintah berkurung, millions death from time to time and people keep wearing mask everywhere. It's so terrifying. All the sempadan was blocked and people was probihited to go abroad. And the cause of everything happens - we call it covid-19.

I believe, dalam sejarah Akan terlakar this event.

Apart of everything, it really had changed my life. Almost entirely. Now,I am a nurse of Hospital Sultanah Nur Zahirah, and it's been 2 months since I left work at putramedic Jalan  beserah Kuantan. To be honest, I'm not ultimately ready for this. This job and this responsibility. It almost feels like a huge load on my back that keep me falling on my knees but still, I have to get on my feet and moving. Physically and entirely exhausted.

But. That just that. Kalau tak kerja sape nak suapkan kau makan??

I've already bought a planner for this year tapi lepas je panggilan mengejut kkm macam ni, semua perancangan utk tahun ni terpaksa dirombak semula nampak gayanya. Orang cakap hikmah covid, jadi rezeki kami untuk bekerja dipanggil awal.

Alhamdulillah.

At first, kyu mengaku yang kyu excited sangat nak masuk kerja. For 3 years before I learned, study in diploma of nursing, of course la ini yang ditunggu tunggu. But after 2 months of working here. I'm started to feel everything is not right, and I'm searching for primary reason why I'm dropping my degree and choose this field instead.

For introvert like me, it is challenging to work as a team, to get involve in everything and attached to everyone. All the team, dr, specialists, sister, colleagues, attendants, patients and even relatives. Tu belum masuk lain lain department lagi tu. Haih.

Tapi deeply inside, kyu tahu, semua yang berlaku ni for a reason. Learning will take time. And by times, you going to make this alright. Stay strong, okay.

Second chapter. Personal life, personal love. Almost a year kyu with My Deer, and we expecting the next step perhaps by next year. Inshaa Allah. Not much comments on this, just hoping things will keep on flow. Lumrah bercinta Ada pasang surut and we not terkecuali. harapan setiap pergaduhan tu buatkan kami lebih matang in future.

Being in same workplace with your lover not making anything as easy as ABC. Plus, different department, different work time and tambahan perintah berkurung make it worst. 2 bulan kyu kat sini, baru sekali kyu jumpa dia. Tu pun beberapa saat je. Buttttt, I did promise myself to not to make any comment for this. I is really understanding, am I?

Kalau ikut hati macam banyak je lagi kyu nak tulis but I think I should probably end it here. For this time. Gian lama hiatus haha.

Till next time. Love.

Friday, 11 December 2015

From Allah we come and to Him we shall return



bismillah....

hari ni, entah kenapa Kyu rasa sebak, scroll-scroll twitter, jumpa pasal seorang arwah ni... student Malaysia study dekat Japan. Arwah meninggal sebab sakit, probably cancer. idk either. tapi yang pasti melalui post post beliau, masya Allah.... i can feel him. i can feel the pain inside of him. yang latest punya tweet, Kyu boleh rasa seolah-olah dia sudah tahu that he gonna leave soon, dia akan pergi kembali kepada Pencipta... sebak.

dua tiga minggu ni, kita dengar banyak sangat kematian... first, kerabat diraja Kedah, then arwah Pak Yus, seniwati Mariani, Almarhum Tunku Laksamana Jalil.. terasa seolah-olah kematian itu sangat dekat dengan kita. saat ajal datang menjemput tanpa kita sendiri sedar.


sometimes, Kyu rasa takut. takut sangat, bukan dengan kematian, sebab Kyu tahu lambat laun, semua orang akan merasainya. tapi Kyu takut bagaimana keadaan Kyu kelak, mampu ke Kyu menghadap ilahi dengan cara yang baik. apa bakti yang Kyu buat di dunia,dan apa jawapan Kyu apabila disoal kelak. adakah amal ibadat untuk menjadi jaminan untuk Kyu ke syurgaNya nan indah? Allahu...

selama ni Kyu banyak mengeluh, tak bersyukur dengan nikmat yang diberi, selalu buang masa, bertangguh...banyak sangat benda lagha yang Kyu tanpa sedar sedikit-sedikit bercambah menjadi bukitan dosa. dan tanpa kita sendiri sedar, dosa-dosa kecil tu lah yang bakal heret kita ke pintu neraka. nauzubillah.

ye, betul. setiap manusia yang bernyawa atas bumi Allah ni, jujur walau seburuk mana sekalipun akhlak mereka, sejahil mana pun, pasti pernah terdetik di hati untuk meninggalkan lagha, untuk kembali ke jalam ilahi, tapi lumrah yang nyata bahawa iman itu ada naik dan turun. dan kadang kita terleka, tergelincir dalam munkar yang kita cuba hindar. sesungguhnya berubah itu mudah, tapi untuk istiqamah... perlukan kekuatan.

entahlah, tak reti nak cakap macam mana sebab Kyu sendiri pun macam tu jugak. syukur alhamdulillah sebab Allah hijabkan aib, kalau tak mesti ramai yang cerca sebab diri ni tak sempurna, kan?

hmm... doa banyak2 moga2 Allah redha dengan segala amal yang kita lakukan. dan moga saat nyawa kita ditarik kelak, saat itu iman kita berada pada tahap yang paling tinggi, insha Allah.

spread love.



Friday, 30 October 2015

Temuduga SPA (separa perubatan)



ya, memang dari habis SPM lagi Kyu mengharap a.k.a bersandar harapan pada temuduga SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) ni. bukan apa, ni jaminan kerja woo... kalau siapa siapa yang dapat join SPA ni memang sangat bertuah Kyu rasa. tahniah beb!

dan waktu dekat KMNS pun Kyu dapat mesej dari pihak SPA mengatakan yang Kyu layak menghadiri temuduga online. means Kyu boleh ambil peperiksaan secara atas talian (cewah ayat skemA kau). FYI, sebelum sebelum ni temuduga SPA ni dia sertakan sekali dengan ujian bertulis ni. means korang kena pergi ujian bertulis, jawab soklan then baru pergi interview dengan panel SPA. but for now, diorang dah tukar, lepas ambil ujian secara atas talian, barulah korang ditapis semula sama ada layak utk ditemu duga atau tidak.

okey, balik pada ujian online masa Kyu ambik masa dekat matriks dulu.. (berapa manyak masa da... -.-!) dari pepagi buta lagi Kyu dengan seorang shohabat ni duk pergi tunggu depan cyber cafe tu semata mata nak jawab soklan SPA. excited punya pasal. then bila cafe dah bukak berebut nak ambil PC sebab takut takut tak boleh jawab soalan. tengok! betapa semangat wajanya kami!

okey, segalanya berjalan dengan lancar pada awalnya tapi malang tidak berbau, kusangka kabus dingin dipagi rembang, rupanya jerebu di siang hari. tiba tiba section B tak keluar. gua dah cuak dah time tu. yelah, punyalah excited, tetibe jadi sebegitu. terasa segala usaha ini berhenti setakat itu sahaja.

and disebabkan oleh itulah.... Umi Munirah Binti Nasir gagal melayakkan diri ke temuduga SPA begitu juga dengan shohabat terchenta. tapi kami redha, mungkin ada hikmah disebalik kejadian. mungkin ada buah rambutan di sebalik dahan rendang, (ayat orang pasrah).

OKAY. habis cerita tu.

Dan kali Kyu terpilih untuk temuduga SPA setelah berjaya jawab exam online dengan jayanya. yeahh.. btw, thanks pada WIFI UUM yang laju giler bakhang!

temuduga tu tarikh 27hb di Kuantan Pahang dan Kyu still lagi mereput di UUM Kedah. memang sangat sangat sangat berbelah bahagi samada nak pergi ke tidak. separuh hati kata nak tapi separuh lagi tak sebab takut semua ni akan sia sia je sebab kita tak sure lagi kan samada terpilih atau tidak, kan? tapi... bila Kyu fikir balik, tak salah kan kalau kita mencuba??

jadi... dengan pasrahnya Kyu pergilah cari tiket untuk balik Terengganu pada hari kejadian. pergi stesen bas Changlun sorang sorang. dahlah bas UUM berhenti jauh dari stesen bas. kena jalan jauh lak untuk ke situ. Kyu jalan sorang sorang je sambil ditemani doa yang tidak henti henti dari bibir ini. rasa insecure gila! yelah, bayangkan lah kita kan perempuan..

dipendekkan cerita (actually malaih dah nak taip. haha)

okey, pada hari kejadian,

Kyu punya iv pukul 2.oo petang. so kami bertolak ke Mahkota Square, Jalan Mahkota pada pukul 11.00 pagi dari rumah. sebab perjalanan ke Kuantan memakan masa plus minus satu jam lebih lebih. tapi kami punya halatuju perjalanan bukannya ke Pusat Temuduga semata-mata, nak gi situ laa, sini laa,, memang takdernyer perjalanan tu jadi satu jam lebih lebih.

then, sampai dekat Pusat Bandar Kuantan tu, sesat pulak dah. hm. Dugaan... dugaan.. berpusing pusing cari kat mana MAhkota Square tu.. (almaklumlah, Pak Su aku ni memang driver amatur, dahlah rabun jauh, sepet2 mata duk hendap signboard tuu).

okey, sampai  Pusat Temuduga pukul 2.08 pm. Kyu masa tu dah cuak kot sebab lewat. yelah, biasa katanya kalau lewat so, impression panel pada kita mesti jadi buruk kan? and, Kyu lupa pulak dah nak bawak Sijil Lahir yang asal... cuma ada salinan je time tu.. kena tegur jugaklah masa dekat meja pendaftaran tu. Nasib je Pakcik yang daftar tu baik. "awak doalah banyak2, kot dapat panel yang baik2,hehehe.." katernyer..so, lepas daftar, ambil nombor, tunggu kejap. (Kyu dapat bilik temuduga C).

bila nombor kena panggil, terus tuju ke bilik temuduga. baca doa time bukak pintu tapi lupa nak ketuk dulu. aiya! nebes gila weh! habis hilang semua yang duk Kyu hafal dari semalam. hmm..

sampai je meja panel. dalam hati ucap assalamualaikum, tapi kat mulut keluar selamat petang je. tak pasal pasal kena perli bila panel tu pulak ucap assalamualaikum dekat Kyu.

Kyu: selamat petang *hulur file*
panel 1; ehem, assalamualaikum.
Kyu; err, waalaikumsalam.
panel 2; okey, sila duduk.
Kyu; terima kasih.
panel 2; okay, hmm.. orang ganu eh? memang asal lahir kat ganu eh (sambil tengok resume)
Kyu; ya, saya memang berasal dari  terengganu
panel 2; oohh, ganu duk area mane
Kyu: (tahu dah ni mesti nak pancing aku suruh cakap terengganu nihh.) saya berasal dari Kemaman Terengganu.
Panel 2;  ni dekat resume ada tulis Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, sebelum ni pernah masuk matriks ke?
Kyu: haah, saya lepasan matrikulasi dan tidak berjaya ditawarkan ke IPT dalam kos yang diingini.
Panel 2: result matriks dulu berapa
Kyu: 3.07
panel 1: tapi kalau melihatkan pada result awak ni dah bagus. Muet awak pun bagus. memang tak ditawarkan apa apa bidang ye?
Kyu; tidak
panel 1: dulu mohon bidang apa?
Kyu: saya memohon bidang perubatan dan juga kejuruteraan
panel 1: kejuruteraan pun tidak lepas?
Kyu: malangnya tidak (buat muka pasrah, haha)
panel 2: okay, so sekarang ni awak buat apa?
Kyu: saya membantu ibu di rumah
panel 2: ohh, bagusnya bantu mak dirumah. (kehkehkeh). em memang berminatlah dalam bidang MA ni (sebab first choice aku MA)
Kyu: ya, saya memang amat berminat dalam bidang perubatan. sebelum ini pun di peringkat sekolah saya mengambil sains tulen sebagai pilihan utama saya.
panel 2; ohh, di sekolah dulu memang aktif kokurikulum ke?
Kyu: kokurikulum saya kurang aktif tapi saya lebih aktif dalam akademik dan kerja amal.
panel 2: so frisbee dengan kelab cinta alam ni apa?
Kyu; itu adalah kelab dan sukan yang wajib diambil sewaktu di sekolah. kelab cinta alam ini adalah sebuah kelab yang melakukan kerja kerja amal seperti membersihkan pantai and etc.
panel 2: so, kalau awak lihat pada keadaan kita sekarang ni, rasanya apa ya langkah yang dapat diambil?
Kyu; pada pendapat saya, lebih elok jika kempen kempen seperti kempen kesihatan, kempen membersihkan pantai, cintai alam dibuat. (siyes aku hentam je weh. rasa macam takdak kaitan pun dengan jerebu)


and banyak jugaklah diorang tanya. tapi kebanyakannya memang TAK ADA  kaitan langsung dengan perubatan, kkm, kementerian. penat aku duk hafal nama menteri, slogan KKM, penyakit , tugas tugas MA dsb. geram pun ada gak. hmph.

tapi bila fikir balik, maybe sebab Kyu punya IV petang kot. diorang pun malas dah nak tanya semua tu. lagipun, rasanya soalan2 tu semuanya tipikal. selalu ditanya.. Kyu rasalah...

and akhir sekali, dia suruh Kyu doa banyak banyak, solat hajat , mintak pada Allah supaya dipermudahkan. amin..

Kyu tak expect apa apa pun pada IV kali ni. memang secara jujurnya, awal awal tu KYu harap sangat dapatlah untuk IV ni.. Tapi, Kyu tahu, apa apa sekalipun, semuanya ketentuan Ilahi. lagipun, ramai weh kat luar sana berharap sama seperti Kyu. ada sampai kakak tu dah 11 kali interview. tak jugak dapat dapat.

oh, lupa nak kata, lepas je iv tu....

kyu terus balik UUM and sebelum naik bas tu, malangnya Kyu baru sedar yang IC  Kyu hilang! uwaaaa... ya Allah.. nanangis rasa. bukan rasa je, memang dah menitis pun air mata tatkala itu. bayangkanlah IC weh hilang! jadi pendatang asing aku disitu.

tapi Kyu tak cakap pun dekat ma, sebab tahu sangat, kalau dia tahu confirm kena marah doe! semestinya! tapi bukan tu pun yang Kyu risau. Kyu lagi bimbang kalau dia duk risaukan Kyu, duk fikir masalah Kyu. Kyu rasa Kyu dah cukup besar untuk tanggung masalah ni.. Kyu dah malas laa nak susahkan dia. nak buat dia risau.. hmm..

so, sampai sekarang Kyu takdak IC lagi.. tapi still lagi boleh ilek2 je. hahaha.sekali pihak imegresen datang. ha! habis laa kau Umi Munirah...>o<


tapi Kyu yakin, setiap kesulitan ni KOMFEM nanti Allah balas ganjaran besarrrr punyer lahh.. i'll keep believing. have a faith!

mungkin jugak ujian ni sekadar nak suruh Kyu sedar, ada mana mana silap Kyu kat mana mana tuu... Ada benda yang Kyu dah salah buat, benda yang Allah tak suka. kan?

hmm...

every cloud has a silver lining. di setiap kesulitan ada nikmat yang tersembunyi. so, yakinlah pada Allah! *smile*


Sunday, 25 October 2015

THIS LIFE IS TIRING ME


"saya penat dengan hidup saya, kalau boleh, saya taknak hidup macam ni."


pernah rasa penat dengan diri sendiri? pernah rasa cemburu dengan hidup orang lain? haaa.. mesti pernah kan? eh? tak pernah? hm. pentipuu laa... takkan tak pernah kot? tapi kalau betul tak pernah, syabas Kyu ucapkan kepada anda! *applaused*

sebab life ni reality, bukan drama melayu, sinetron, chamsarang mahupun alkisah dalam novel cinta yang tahap tangkap leleh tu. sebab semua tu ada penamat yang pasti iaitu, 'they live together and happy ever after'. hm senyum.

tapi life pulak macam mana? betul ke kesudahannya pun macam tu jugak? eh, tak tahulah. yaa, kita memang tak tahu macam mana kesudahan life kita. entah entah esok tetiba dilamar anak raja *wow*, takpun tetiba jadi tebusan orang gila *eh?*

. takpun, still sama tak berubah.

ye, betul tu! bila dah dilamar anak raja (contoh tak munasabah!), betul ke tu pengakhiran hidup kita? betul ke ianya tamat sebegitusaja. Jawapannya, tak sayang! sebab alkisahnya akanlah berterusan sehingga kita menutup mata. realitinya siapa tahu apa kisah cinderella selepas berkahwin dengan anak raja. kisah snow white selepas dicium putera berkuda.

fairy tales tak pernah habis. tak ada penghujung. kita sentiasa ditinggalkan dengan penamat yang bahagia.

sebab itulah namanya fairy tales. kisah dongeng.

tetapi sangat kontra dengan kehidupan.
cuba lihat cermin. tenung dalam dalam. ke mana hala tuju kita sebenarnya. ke mana matlamat kita sebenarnya.

kenapa dunia ini memenatkan? menjalani hidup yang sama tiap hari, berjumpa orang yang sama tiap masa. menghadiri kelas yang membosankan. yang kita sendiri tidak pasti apa kelas kelas itu bakal menjadikan impian kita suatu realiti kelak.

dan, kenapa dunia itu memenatkan?

kerana dunia memang tempat untuk berpenat lelah, syurga nanti tempat rehat sebenar...

ya betul *senyum*. kalau anda penat dengan dunia, pandang awan, cakap "nanti boleh rehat dekat syurga".

sebab itu, bagi seorang mukmin, dunia memang tempat berpenat lelah, tiada rehat bagi mereka selagi hidup di dunia. mereka berkejar, kejar melakukan amal supaya nanti penat lelah mereka berganti ganjaran di syurga. nak macam tu tak?

so, in the end of the story, rasa penat itu cuma sementara bila kita fikir yang nanti kita dapat rehat di syurga Allah..

the life is tiring you? remember the deen as the place to rest.

*peace*

Saturday, 3 October 2015

cerpen My Precious - part 2


10 tahun kemudian.

Pinggg!!!!
“Allah!” Aisyah tahan tangannya pada hon, menahan hidung dari mencium stereng Suzuki Swiftnya. Inertia, bak kata ahli fizik.

Sekilas dipandang cermin pandang belakang sebelum dia tersentak oleh ketukan bertalu-talu pada tingkap keretanya. Seorang lelaki muda sedang bercekak pinggang sambil mengarahnya untuk keluar.
Aduhh... cuak pulak dia rasa nak buka pintu. Manalah tahu mamat ni ahli kongsi gelap ke, ketua mafia ke... tak pasal-pasal makan penumbuk dia hari ini.

“Sorry” ujar Aisyah selepas melangkah keluar dari kereta.

“huh! Perempuan rupanya! Patut bawak macam siput!” sinis nada lelaki itu. Sakit pulak hati Aiyah. Alah, kalau bukan mengenangkan salah dia, dah lama dia sound balik mamat ni!

Dia memanjangkan langkah melihat ‘hasil’ acciddent yang berlaku tadi sambil diekori oleh lelaki itu dari belakang. Ada kesan calar pada bumper keretanya dan kelihatan lampu signal Audi R8 lelaki itu dah retak.

Aisyah ketap bibir. Halamak! Petaka betul. kalau saga ke perodua ke boleh jugak dia bagi cash dekat mamat ni. lepas tu, bolehlah blah dengan selamba, macam tak ada apa-apa yang berlaku.

“Sorry encik, saya betul-betul ingat saya dah bagi signal tadi. Sebab tu...”

“Harap kereta je mahal! Tapi tak ada signal! Kalau dah nak belok tu, tak reti bagi signal dulu ke? Ke bawak tak ada lesen ni? entah-entah lesen pun pakai ‘beli’ untuk lulus!” pedas betul ayat yang keluar dari mulut lelaki. Sepedas Kentucky Fried Chicken perasa Hot and Spicy. Sampai berdesing telinga Aisyah dibuatnya. Kalaulah ada cermin mata 3D waktu itu, dah boleh nampak asap berkepul-kepul keluar dari telinga gadis itu.

Part lesen beli tu dah sakit dah tapi part kereta mahal tu menyirap betul! tahulah kereta dia lagi mahal dari kereta kita, tak payahlah nak perli sampai macam tu.

“Encik ni tak boleh cakap elok-elok ke? I ve already said it is my fault and im gonna solve this problem. So, rasanya tak payah kot nak perli saya sampai macam tu sekali,” ditahan suaranya supaya tak kedengaran terlalu lantang.

“perli? Saya cakap benda betul okay!  Bawak kereta macam orang tak lulus test drive! Kalau saya tak sempat nak brek tadi, entah-entah boleh accident lagi teruk!”

“Pardon?! Hei Encik, Encik tak boleh salahkan saya je tau! Salah encik jugak yang bawak laju laju tu kenapa?! Inilah orang lelaki, kalau bawak kereta, laju tak ingat nyawa langsung! Lepas tu, bila berlaku accident, mulalah nak tunding jari dekat orang lain!

“hello Miss, sekarang salah saya ke salah awak, huh? Awak nak bayar ke tak ni?! Awak jangan haraplah saya akan lepaskan awak kalau awak taknak bayar saya! ”

Aisyah garu kepala. Macam mana ni? Dahlah dia tak ada cash sekarang. Kalau ada pun berapalah sangat, tak cukup rasanya nak bayar ganti rugi lelaki itu. “Okay, fine! Im sorry. Take this.” Sekeping kad nama disua. “How much it costs, text me, i ll pay you later.”

“No no no.. macam mana saya boleh percayakan awak dengan sekadar kad nama? Saya nak cash, sekarang jugak!” lelaki itu mendesak. Makin cuak Aisyah jadinya.

“tapi…”

“what?! Pay me, now!”

Tiba-tiba seseorang muncul. Mencelah diantara ketegangan itu. “how much?”

Aisyah angkat kepala, melihat siapa gerangan yang tidak diundang itu. Seorang lelaki berpakaian simple. Kemeja kotak-kotak dengan jeans yang agak lusuh.

“kau dah kenapa, huh? None of your business!” lelaki berang itu menjerkah. Memandang sinis pada pemuda berkemeja itu.

“of course it had been my business since she is my sister. Salahkah kalau seorang abang ambil tahu pasal adiknya? I think nothing wrong. For second time, berapa yang encik nak?”

Hampir tenganga mulut Aisyah. Abang? Sejak bila dia ada abang? Sejak bila si anonymous yang tiba tiba datang lagak hero berkuda ni menjadi abangnya?

“tujuh ratus.”

Emirza mengeluarkan dompetnya. Rm700 dihulur kepada lelaki tersebut. Tanpa ucapan terima kasih, lelaki itu terus berlalu meninggalkan mereka berdua. Menghidupkan enjin keretanya dan terus memecut pergi.

Hish. Aisyah menggeleng. Perangai orang melayu zaman sekarang. Entah pape! Tak ada adab langsung! Terima kasih, mintak maaf tu susah benar nak diucap, macam kena bayar je kalau nak disebut.

Pandangannya kalih kembali pada lelaki yang telah membantunya itu.

“terima kasih, ya. Sorry sebab dah susahkan encik. Oh, ya!” sekeping kad nama dihulurkan kepada lelaki tersebut.

“by the way, ni kad saya. Nanti encik mesej saya tau, inform saya supaya saya bayar balik duit encik. And encik?”

Kad itu bertukar tangan.
NurAisyah Mohd.
Psikiatri.
HUKM.

“Aliff Emirza” ujar Emirza pula seraya mengulum seyuman ramah.



               
“ENCIK.... err...”

                Emirza mengangkat wajah. Sudu di tangannya diletakkan ke pinggan. Dilihat Aisyah yang sedang tersenyum ramah memandangnya.

                “what should i call you, either Aliff or Emirza?”

                “Just Emirza. Biasanya, kalau orang panggil saya Aliff, saya jarang menyahut. Dari kecik lagi orang panggil Emirza. emm... Cik Aisyah buat kat sini?”

                Dia memandang Aisyah yang mengambil tempat di kerusi hadapan, menghadapnya. Gadis itu begitu anggun sekali dengan blaus berona ungu lembut. Dipadankan pula dengan skirt labuh coklat cair dan tudung juga bewarna coklat namun bewarna lebih cerah.

                “ lunch hour. Encik Emirza sorang-sorang je ke?” matanya menjalar ke segenap ruang di dalam food court itu. Tiada tanda-tanda seperti orang sedang menuju atau memandang ke arah mereka berdua.

                “biasalah, hidup tak berteman. Makan sorang, kerja sorang.... lagipun tak ada yang sudi keluar makan dengan kita...”

                Kata-kata Emirza mengudang ketawa Aisyah. Sebenarnya, tadi selepas melihat kelibat Emirza, dia sendiri tidak menduga langkah akan membawanya mendekati dan menegur jejaka itu. Nasib bagaikan mempertemukan mereka kembali,seperti tidak membiarkan perkenalan yang lepas ternoktah begitu saja.

                “Cik Aisyah taknak makan apa-apa ke?” soal Emirza.

                “Takpe, nanti saya bungkus, makan dalam office.”

                “Hmm... at least.. temankanlah saya... kalau awak tak kisah,”

                Emirza cuma menghadiahkan satu senyuman manis sebelum Aisyah juga turut tersenyum. Entah apa yang bermain di hati mereka pada pertemuan kedua itu, hanya mereka berdua sahaja yang tahu.





                HANUM  menggaru-garu kepalanya. Hampir setengah jam dia berdiri di bahagian novel itu, namun apa yang dicarinya masih belum ditemui. Serasanya baru minggu lepas dia menemui buku Twilight Breaking Dawn, takkan sekarang sudah habis dijual?

                Ini semua salah Kak Aisyahlah! Orang minta duit belanja lebih sikit pun nak berkira. Kedekut betul! Nampaknya dah melepaslah dia kali ini. Sampai bila pulak dia perlu menunggu untuk cetakan terbaru.

                Tiba-tiba, dia ternampak seorang lelaki berkaca mata sedang memegang sebuah novel. Dari jauh lagi, dia seperti dapat mengangak novel apakah yang dipegangnya. Lantas, dia menuju ke arah lelaki tersebut, merampas novel pegangan lelaki tersebut. Lelaki itu terkejut dengan tindakan tiba-tiba Hanum itu.

                Sah! Twiligh Breaking Dawn, karya Stephenie Meyer! Mungkin ini adalah buku terakhir yang ada di kedai itu sekarang. Hanum mengetap bibir. Dia tidak boleh melepaskan peluang keemasan itu. Buku itu perlu dimilikinya walau apa jua cara. Dia tidak sanggup menunggu lagi.

                “Abang nak beli ke buku ni?” ujar Hanum. Mukanya menunjukkan mimik simpati. Harap-haraplah lelaki itu mengalah dah menyerahkan buku itu kepadanya.

                “Err... iya, saya memang nak beli pun... kenapa ya dik?’ perlahan-lahan lelaki itu mengambil semula buku itu dari pegangan Hanum.

                “Tapi... tak boleh ke kalau Abang beli lain kali saja? Bagilah saya beli kali ni. Saya betul-betul nak beli sekarang. Dua tiga hari ni saya tak boleh tidur sebab asyik terfikirkan ending cerita ni aje... tolonglah.. kali ini je....” Hanum masih menunjukkan reaksi kesian, membuatkan lelaki bercermin mata itu berasa serba salah.

                Hanum yakin dia sudah hampir berjaya. Tinggal mendengar persetujuan dari lelaki itu saja dan kemudian buku itu akan menjadi miliknya. Tolonglah... dia berharap.

                “Emm... nah adik ambillah. Tak apa, saya beli lain kali.”

                Lelaki itu mengalah. Lalu, buku itu diserahkan kembali kepada Hanum. Hanum tidak dapat mengawal perasaan gembiranya lalu bersorak riang. Dia termalu sendiri apabila beberapa pasang mata memandang ke arahnya.

                “Terima kasih! Terima kasih banyak-banyak ya abang! Abanglah insan yang paling baik hati yang pernah saya jumpa dalam dunia ni. Emm... saya Hanum, apa nama abang?”

                Lelaki itu tersenyum. “Panggil Abang Mirzi saja cukuplah.” Ujar lelaki tersebut.

                Hanum mengangguk. Senyumannya lebar sampai ke telinga.

                “Terima kasih ya, Abang Mirzi!”





AISYAH bergegas bangkit, menuju ke pintu depan apabila loceng rumahnya ditekan bertalu-talu. Sempat lagi dia mencapai tuala di sidaian bagi menutup kepalanya yang terdedah.

                Sesampainya di pintu depan, dia membukanya dan terkejut apabila mendapati Hanum pulang bersama dengan seorang lelaki.

                Lelaki yang cukup dikenalinya. Yang telah dia kenali hampir setengah tahun. Bagaimana lelaki itu boleh berkenalan dengan Hanum? Jantung Aisyah berdegup kencang.

                “Err, E..Emirza?” ujar Aisyah.

                “Eh, ni Abang Mirzi, adik jumpa dia kat kedai buku tadi.” Hanum memperkenalkan Emirzi kepada kakaknya.

                Aisyah semakin hairan. Lelaki yang disangka Emirza bukanlah orang yang sepatutnya. Namun, wajah mereka terlalu serupa, walaupun dengan penampilan yang berbeza, dia masih menyangka bahawa lelaki itu Emirza.

                “oh... Maaflah, saya ingatkan awak ini kawan saya, Emirza. rupa awak sebijik macam rupa dia.” Kata Aisyah, kesal dengan kesilapannya.

                “Maksud awak, Abang Mirza? Dia adalah kembar seiras saya. Awak kenal rapat ke dengan Abang Mirza?” ujar Emirzi, memperbetulkan salah faham Aisyah. Dia tahu, sesiapa yang bertemunya pun akan menyatakan perkara yang sama. Sudah namanya kembar, pastinya wajah mereka seiras.

                Aisyah mengangguk sebelum ketawa lembut. Malu pula dirasakan kerana telah tersilap orang. Lantas, dia menjemput masuk namun Emirzi bertegas ingin beredar dulu.

                “Akak tahu tak, Abang Mirzi tu baik betul. Dia rela serahkan novel terakhir ni untuk adik. Lepas tu siap nak temankan adik balik lagi. Dia cakap zaman sekarang ni ramai orang jahat.” 

Bersemangat Hanum bercerita. Novel yang baru dibeli tadi dikeluarkan dari bungkusan plastik.

                “Adik, jangan cepat percaya sangat kat orang luar tu, manalah tahu kalau-kalau dia sengaja nak ambil kesempatan. Lain kali jangan biar orang lelaki teman adik balik sesuka hati je tau!” pesan Aisyah.

                “Ala... Abang Mirzi tu baiklah, akak. Tengok! Dia tak ambil kesempatan pun! Lagipun...” Hanum mula tersengih lebar. Novel kegemarannya itu dikucup lembut.

                “dia tu handsome kan!?” Gatal betul ayat yang dikeluarkan oleh Hanum. Mindanya membayangkan senyuman manis Mirzi. Pandangan tulus jejaka itu mempu menggetarkan jiwanya.

                Aisyah mencemik. Geli pula mendengarkan ayat yang dikeluarkan oleh adiknya tadi.
                “Gatalnya budak kecik ni!” bidasnya.

                “Eh, adik dah 22 tahunlah! Dah besar panjang dah. Kalau kahwin, entah-entah dah masuk anak kedua dah...” Hanum mempertahankan diri. Kakaknya itu selalu merasakan bahawa dia masih budak-budak lagi. Dirinya sudah cukup dewasa untuk dilayan seperti budak kecil.

                “Tapi, betul ke Abang Mirzi tu ada kembar? Akak kenal ke kembar dia?” soal Hanum. Baru dia teringat perbualan Emirzi dengan kakaknya tadi. Betulkah Aisyah mengenali kembar Emirzi? Kalau mereka berdua kenal rapat, masakan dia langsung tidak tahu. Kakaknya sendiri tidak pernah menceritakan perihal seorang lelaki bernama Emirza.

                Aisyah hanya menjongket bahu. Malas hendak dilayan soalan Hanum itu. Kalau dilayan sampai kesudah tidak ada habisnya. Baginya, perihal dia dengan Emirza tidak perlulah diceritakan. Mereka berdua bukanlah ada sebarang hubungan yang serius pun! Walaupun dia sebenarnya mengharapkannya.

                Hanum tidak berpuas hati. Dia ingin sekali mencungkil maklumat daripada kakaknya itu. Kalau benar Emirzi mempunyai kembar seiras, pasti lelaki itu akan kacak seperti raut wajah Emirzi juga.
                Kalaulah ditakdirkan Emirzi berkahwin dengannya, dan kembarnya pula dengan kakaknya, pasti perkara ini akan menjadi sangat menarik! Wah, membayangkannya sahaja membuatkan Hanum teruja!


 “Hmmm... awak tak pernah bagitahu saya yang awak ada kembar kan?”

                “you mean, Mirzi? How do you know him?”

                “dia kawan adik saya. Emm... kenalan baru dia. First time i saw him, saya ingat tu awak! You both memang betul-betul nampak sama! Macam copy and paste aje”

                Wajah Emirza berubah kelat. Tajam matanya membalas pandangan Aisyah. Ya, kami memang sama. Tapi tak serupa.

                Itulah hakikatnya.

                “well, dah nama kembar kan?” wajahnya cuba dimaniskan. “so, apa impression awak when you saw him. I mean, beza antara kami bedua? Who’s better?”

                “dah nama kembar seiras kan, memang payah sikitlah nak cari beza tu. Tapi mostly kembar ni even diorang kembar seiras sekali pun, sure have a large different from one to another tau, and in your case, i didnt find any. Oh, mybe sebab saya baru jumpa dia sekali kot, sebab tu tak perasan.”

                Emirza hanya membisu. Memang Aisyah boleh cakap macam tu buat masa sekarang. Tapi, dia tak berani bertaruh kalau-kalau Aisyah akan rasa mereka sama selepas mengenali Emirzi dengan lebih mendalam. Episod hitam dalam hidupnya akan berulang lagi. Segala kenyataan yang cuba dielak selama ini akan kembali menghantuinya. Dan, dia tidak sanggup, dia tidak sanggup hadapinya selepas dia lari dari semua itu bertahun-tahun lamanya.

                “you know Mirza, saya ada buat research before about the yin and yang. And i can conclude here mostly twins got this yin and yang things. Even diorang look alike, but actually they were pushing through one to another. One is yin and the other one being yang.”

                “so, which one is bad? Yin or yang?” soal Emirza.

                Tak, soalan sebetulnya, Emirzi or Emirza. Desis hati kecilnya.

                “Hmm... apparently, i boleh cakap yang yin tu attract dark, femine and mostly negative things and yang is more to be positive, bright and masculine.”

Dia yin dan Emirzi yang?

                “so, maknanya between us mesti ada yang baik dan ada yang jahat?” serius nada suara Emirzi. Seserius wajahnya ketika itu.

                “take it easy Mirza. Its just chinese philosophy.. kita muslim, right? Kita tak pakai benda benda macam tu. Lagipun, saya buat research tu untuk job saya aje. Tak percaya pun benda-benda macam tu” ujar Aisyah.

                Emirza gelak.”Its okay, saya tak kisah pun. Maybe betul jugak tu... maybe separuh pada saya ada sisi kejahatan kembar saya and separuh lagi adalah kejahatan saya sendiri. Sebab itu lah saya boleh jadi the devil and he  is the angel.” Ada dingin pada ucapan itu.

                “hey, janganlah cakap macam tu. You make me feel uncomfortable.”

                “Haha... tak adalah! saya gurau ajelah,” wajahnya sekali lagi dimaniskan. Tidak mahu Aishah mengesan kenyataan yang cuba disorokkan supaya tidak terlalu teserlah.

                Namun begitu, Aisyah sudah mampu menangkapnya. Aura tidak senang timbul dari Emirza apabila mereka bercerita tentang kembar jejaka itu.
Ada jurangkah antara mereka berdua? Apa rahsia mereka agaknya. Dia teringin betul nak tahu.
               



“Eh, Hanum nak pergi mana tu? Kak Aisyah dah siapkan breakfast dah ni!”

Hanum bergegas menyarungkan beg sandangnya sebelum mencapai kasut Conversenya di dalam rak kasut. Laungan kakaknya hanya dijawab dengan gelengan saja. Tidak sempat nak makan, dia dah lambat. Dia dah berjanji untuk berjumpa dengan Emirzi di kedai buku tempoh hari. Dan dia taknak Emirzi menunggunya lebih lama lagi.

                “Hanum!” lengan gadis itu dipaut. “Nak pergi mana ni?!”

                “Alah, adik dah lambat dah ni kak! Adik ada date ni!”

                “Date? Sejak bila kamu pandai date-date ni? Kamu nak date dengan siapa, Hanum?”

                Hanum menarik lengannya kembali. Kakak ni banyak pulak soalnya. Orang dahlah lambat ni! Gerutu hatinya. Dia bergegas ke pintu pintu pagar. Baru sahaja pintu pagar mahu dibuka, Hanum menepuk dahi. Kemudian, dia pusing kembali, mendapatkan Aisyah yang masih berdiri di muka pintu. Dahinya berkerut.

                Tangan kakaknya dicapai dan disalami. “Kak, mintak restu ya?” ujarnya. “Adik nak pergi date dengan Abang Mizi.”

                “Hanum!” bertambah kerutan di dahi Aisyah. Hanum hanya tersengih sambil memanjangkan langkahnya ke pintu pagar sebelum melambai riang pada Aisyah.





“SAYA tak banyak tahu pasal awak, Aisyah. Even hampir setengah tahun kita kenal, tak banyak pun awak kongsi kisah hidup awak pada saya.”

                Latte yang tinggal separuh dalam cawan disisip perlahan sebelum matanya menatap raut wajah Emirza. Kacak. Bermata bundar dengan alis sedikit lebat. Hidung mancung dan bibir merah tanda tidak pernah merokok.

                Wajah Emirzi muncul di benaknya. Becermin mata dan tersenyum manis.

                Aisyah tersentak. Hampir saja cawan terlepas dari tangannya. Lekas-lekas diletak semula atas piring.

                Kenapalah wajah Emirzi sering muncul setiap kali dia menatap Emirza? Sesuatu bagaikan menyatukan si kembar itu. Selain rupa, mereka juga bagaikan berkongsi satu aura yang sama. Bagai dua insan yang berkongsi satu jasad.

                Aku jumpa dia baru sekali! Aku tak kenal dia sebagaimana aku kenal Emirza! Bentak hatinya.

                “Aisyah?”

                “Err, sorry! Saya tengah fikir pasal benda lain. Awak tanya apa tadi?”

                “Hmm.... Beranganlah tu. I wonder what is actually in you mind. Maybe, hmm.. about me?”

                “In your dream!” balas Aisyah seraya mata dijulingkan ke atas. Emirza tergelak.

                “Saya memang selalu mimpi hal tu... perhaps it could be something real. One fine day,” tiba-tiba saja Emirza berubah serius. Cuak Aisyah jadinya.

“please do not, Emirza... Saya cuma boleh cakap, kita tak boleh simpan harapan terlalu tinggi. Takut nanti, sakitnya tak mampu tertanggung bila kita jatuh kelak,” Matanya dipandang ke lain. Rasa segan menyelubungi dirinya.

                Bukan dia tak suka Emirza. Kalau boleh nak je dia jerit kuat-kuat ‘ya! Saya memang selalu fikir pasal awak!’. Nak je cakap ‘saya suka awak!’ tapi dia tak sedia lagi. Rasa macam 6 bulan tu masih terlalu awal untuk mereka jalinkan apa-apa hubungan. Mereka masih dalam proses mengenali antara satu sama lain.

                Lagipun, dia takut. Dia taknak jadi macam mama dengan papa. Bercerai. Habis keluarga berpecah belah. Perpisahan mama dan papa beri kesan hebat pada dia dengan Hanum. Mereka jadi mangsa keadaan. Dia terpaksa berpisah dengan Hanum. Dia tinggal dengan mama manakala Hanum dengan papa.

Bila mereka meningkat dewasa barulah mereka buat pilihan untuk hidup sendiri, tak mahu terikat dengan orang tua mereka. Lagi-lagi, bila kedua-dua papa dengan mama, bahagia dengan pasangan baru masing-masing.

“saya pergi buat bayaran, lunch hour dah nak habis.” Emirza bingkas bangkit. Mungkin nak lari dari suasana yang tiba-tiba berubah tegang tu. Mungkin jugak nak lari dari dikesan yang dia sebenarnya dah berjauh hati, terasa dengan jawapan dari Aisyah tadi. Terang-terang seperti dia ditolak tadi walaupun hakikatnya tidak.

Aisyah gigit bibir sambil menghantar langkah Emirza ke kaunter. Halamak! Aku dah salah cakap ke? Alah, aku gurau je, takkan dia terasa kot. Sensitif jugak Emirza ni rupanya. Harap muka je tough.
Emirza ni pun satu. Dia ni kan perempuan, kenalah cover sikit. Mana boleh tunjuk perasaan dia secara terang-terangan, jatuhlah standard dia nanti.

Bunyi handphone Emirza yang diletak atas meja menarik perhatian Aisyah. Tiba-tiba dia rasa cemburu. Sekilas dijeling Emirza yang masih di kaunter pembayaran sebelum dipanjangkan lehernya, mengintai mesej yang terpapar pada skrin telefon bimbit itu. Mintak maaf kalau ganggu privasi ye, bisiknya dalam hati.


From: Hanum
abang Mirzi, pagi esok teman Hanum pergi pilih buku lagi ye? *smile*


Eh. Diulang baca mesej itu lagi. Memang tak ada silap. Rasanya memang dia tak ada masalah dalam membaca. Ditenyeh pula matanya berkali-kali. Memang betul mesej tu. Baru je tangannya diangkat untuk mencapai handphone Emirza, lelaki itu tiba-tiba muncul di tepi.

“Shall we?”

“uh, err.. yeah. Jom,” matanya masih tertancap pada handphone yang sudah berada di dalam genggaman Emirza.

Apakah? Dia tak faham. Dia nak tanya tapi suara bagai tersekat di kerongkong. Dikalih pandang wajah tenang Emirza dan handphone itu bersilih ganti. Dia perlukan jawapan. Dia betul-betul tak faham!




                Aisyah masih memerhati dari jauh. Saat dia nampak Hanum dan Emirzi keluar dari Mercedes biru navi yang diparkir dihadapan shopping complex itu, hatinya sudah berdebar kencang. Dia kenal kereta itu. Dia cam sangat. Tak mungkin semua ni kebetulan. Tak mungkin ada dua manusia yang berwajah serupa, yang mempunyai kereta dan nombor telefon yang sama tapi punya identiti yang berbeza!

                Adakah Emirza sedang mempermainkan dia? Bukan! Mungkin namanya Emirzi. Ahh, dia tak tahu! Dia tak boleh nak fikir. Semuanya nampak kabur. Fikirannya kusut.

                Aisyah keluar dari kotak parkir, memandu tanpa hala tuju. Sebak di dadanya cuba ditahan.  Ada air jernih yang bergenang di pelupuk matanya. Akhirnya, dia membelok, mencari hala tuju yang pasti. Satu-satu tempat yang dapat difikirkan ketika itu hanya tempat kerja Emirza. Melding Production. Mungkin dia akan dapat jawapan yang diingini di situ. Mungkin.





Kepala yang berdenyut di urut perlahan. Seketika nafasnya dihela.  Petikan akhbar dari laman web yang terpapar didepannya itu dipandang sejenak. Kata-kata rakan sepejabat Emirza tadi pun bermain di mindanya berulang ulang kali. Seperti tape rosak

Entahlah kak, kadang-kadang dia bahasakan diri dia  Mirza, kadang kadang Mirzi. Bila dia jadi Mirza, dia pergi photo shoot outdoor. And bila dia jadi Mirzi, dia buat bahagian-bahagian editor. Kami pun tak faham. Bila tanya dekat Puan Pengarah kami, dia tak cakap banyak pun.

Dengar kata, Puan kami tu kawan parents dia. Jadi kami tak beranilah nak bising-bising. Dah terbiasa dah. Hampir lima tahun dia kerja sini, macam tulah!

Sebenarnya, kami pun tak pasti dia tu siapa. Sama ada Mirza ke Mirzi... entah! Kami tak tahu! Budak tu sebenarnya... psiko!

Tak dia tak psiko. Split personaliti? Mungkin! Dia dalam masalah dan  perlu dibantu. 10 tahun dia hidup sebegitu, betapa terseksanya, Tuhan saja yang tahu.
Dipandang bingkai gambar yang terletak elok di atas meja. Gambar dia dan Hanum. Tersenyum ceria. Waktu tu dia baru tamatkan pengajiannya dan Hanum ambil keputusan untuk tinggal bersamanya di Malaysia.

Aisyah mengeluh berat. Tak berniat nak babitkan Hanum dalam masalah ini. Sebolehnya melukai Hanum adalah berkara yang terakhir yang dia akan buat. Kalau tidak punya pilihan lain. Hanum adiknya. Satu-satu darah dagingnya.



Maafkan kak, dik...


nota kaki - susah nak update sekarang akibat kekangan waktu yang tak menentu. haih. tapi apapun, kyu akan cuba habiskan cerpen ini as soon as possible, taknak buat panjang panjang, nanti bosan lak jadinya. farewell~