nuffnang code

Wednesday 12 August 2015

Cerpen My Precious (Part 1)

Bismillah.....


“Sila pass up homework yang cikgu bagi kelmarin.  no excuses, okay! Bukan banyak pun cikgu suruh buat kan?”
Mampus! Emirza tepuk dahi. Langsung dia tak ingat pasal homework yang Cikgu Mastura suruh buat. Ini mesti kes penat sangat sebab main bola keranjang semalam. Selepas Isyak, dia terus menonong tidur, keletihan.
Dia mengeluh. Mindanya berputar ligat mencari idea yang boleh digunapakai. Idea. Tolonglah, idea!
Tiba-tiba dia tersenyum. Alahai, kenapalah dia ni lembap sangat! Emirza berpusing ke belakang, memandang mangsa yang sedang khusyuk menelaah.
“eh, mesti kau dah siapkan homework kan? Sini, bagi pada aku, cepat!” Emirza merentap buku latihan di atas meja Emirzi. Dibelek-belek buku itu memastikan yang latihan tersebut sudah disiapkan. Dia tersenyum. Dah agak dah!
“Abang nak buat apa dengan buku Mizi?” soal Mizi.
Emirza tidak mengendahkan soalan adik kembarnya itu. Ditariknya cermin mata milik Emirzi membuatkan Emirzi separuh tersentak. “err… apa ni Abang Mirza?,” matanya yang kabur ditenyeh perlahan.
Emirza kembali berpusing ke hadapan. Dia mula menukar gaya, memakai cermin mata dan menjadi Emirzi serta-merta. Ah, peduli apa dia kalau Emirzi kena denda sekalipun. Bukan selalu dia didenda. Budak baik kadang-kadang kena jugak rasa didenda.
Cikgu Mastura menuju ke arah meja Emirza. 
“Emir…..zi?”
“saya cikgu,” Emirza bangkit dari bangku. Yes! Berhasil!  “ini latihannya,” diserahkan latihan tersebut kepada Cikgu Mastura.
Cikgu Mastura mula menyemak. Seketika kemudian, setelah melirik kearah pelajar di hadapannya itu,dia tersenyum. Tertera nama Aliff Emirza pada tag nama remaja di depannya itu. Tengok gaya pun dia sudah tahu. Cikgu makan garam dulu, Mirza.
“Nice try, Mirza. Tapi maaflah, mungkin awak kena perbaiki lakonan awak tu, biar nampak real sikit.  Now… shall we go for your work, dear?” emirza terkedu. Aisy, rancangannya hampir saja berjaya. kedengaran para pelajar lain sudah mula mengekek ketawa. Dia mengenggam penumbuk. Mukanya terasa panas menahan malu.
“I am waiting…” Cikgu Mastura berpeluk tubuh. Dia tenang merenung Emirza yang mula tidak senang.
“err…. Emmm, sebenarnya….. sebenarnya, saya sedang cuba siapkannya,” perlahan dia berkata. Pelajar lain semakin galak mentertawakannya.
“cuba siapkan? Apa kata awak ‘cuba’ siapkan di luar kelas saya aje? Emirza, this is my last warning! Even if you didnt finish my homework, at least try to be honest to tell the truth. Tak payah nak susahkan diri jadi orang lain for your own good. I would be glad if you honestly admit your mistakes, and dont being coward like this! Now, out!” keras nada Cikgu Mastura. Serta merta saja kelas yang tadi riuh jadi sunyi sepi bak dilanda garuda. Cikgu Mastura beredar ke mejanya. Perangai tidak matang Emirza bagaikan menganggu moodnya untuk memulakan topik baru.
Emirzi di belakang tidak mampu mengangkat muka, turut terasa bersalah apabila Emirza dimarahi sampai begitu. Apabila dia mendongak, Emirza sudah memandangnya dengan pandangan tajam. 
Budak tak guna! Sukalah kau kan aku kena maki macam ni!
Cermin mata Emirza dihempas kasar ke atas meja lalu melorot jatuh ke lantai kelas. Emirza menghentak kakinya keluar dari kelas. Hatinya sakit.


“KAU memang sengajakan, Mizi! Bersorak lah kau bila aku dimalukan macam tu, kan!?” 
Laju Emirzi geleng. Lehernya terasa sakit apabila Emirza mengcekak kasar kolar baju  sekolahnya. Tangannya cuba menghalang lengan sasa abangnya dari menyakitinya. Dua orang lagi rakan Emirza hanya berpeluk tubuh, tidak sabar menyaksikan adegan tumbuk-menumbuk si kembar itu.
“Hei, kau memang tak guna, Mizi! Kalau kau ingatkan aku pasal homework semalam tu, aku takkan kena fire dengan minah kononnya mat saleh seteruk tu!” makin dikuatkan cengkaman pada kolar baju Emirzi. Kelihatan adiknya itu tercungap-cungap cuba bernafas.
“Mizi…tak…tahu! Maaf, Mizi betul-betul tak tahu abang lupa pasal homework tu. Tolonglah, lepaskan Mizi”
“huh! Lepas ni, kau pergilah mengadu pulak dekat abah dengan ummi. Biar aku kena marah lagi, baru puas hati kau, kan!? Pelajar kesayangan cikgu, konon!” dia menolak  kasar tubuh itu menyebabkan Emirzi terdorong ke belakang. Emirzi mengerang, belakangnya sakit telanggar dinding konkrit. 
Emirza beredar walaupun sakit hatinya masih bersisa. Kalau ikutkan amarah hati, lunyai dikerjakan adiknya itu namun memikirkan bahana perbuatannya itu nanti, ditahannya. Nanti tidak pasal-pasal abahnya pula marah padanya. Dia sudah cukup sakit hati dengan kejadian hari ini. Tak mahu timbul masalah lain lagi.

EMIRZI menadah kedua belah tangan sambil mengaminkan doa abahnya perlahan.. Pandangan dihalakan pada abangnya di sebelah. Nampaknya Emirza masih marahkannya. Abangnya itu langsung tidak memandangnya apatah lagi bercakap dengannya. Dia mengeluh. Marah atau tidak, sememangnya Emirza tak akan menegurnya. Takkan pernah kalau saja-saja untuk berbual mesra.
Dia rindukan zaman kanak-kanak mereka. Emirza seperti seorang pelindung. Setiap kali dibuli, abangnya itulah yang akan menyelamatkannya. Dia sememangnya tidak kuat sejak kecil. Antibodinya lemah sebab itulah dia selalu sakit-sakit. Jika dia sakit, abangnya itu pasti akan menceriakannya.
Tapi itu dulu, lama dulu. Usia bagaikan menelan semua kasih sayang antara mereka. Emirza memilih jalannya sendiri, menelusuri hidup yang lincah manakala dia lebih berfokuskan akademik. Dia tidak mampu mengikut rentak abangnya itu. Mereka sama tapi tak serupa, itulah yang sering didengari dari orang ramai tentang mereka.
Encik Rasyid yang baru usai berdoa berpusing ke belakang menghadap kedua anak terunanya. Walaupun, tidak ditunjukkan, dia tahu betapa renggangnya hubungan kembar itu. Emirza yang memberontak dan Emirzi yang patuh. Berkongsi satu rupa namun jiwa yang berbeza.
“Abah dapat panggilan dari cikgu sekolah mengatakan Mirza tak siapkan kerja dan buat hal...”
“Mirza ada masalah ke?”
Emirza diam. Lidahnya kelu untuk memberi sebarang jawapan. Mukanya ditundukkan, tidak mampu menentang mata abahnya.
“Kamu jangan ingat, abah diam, abah tak pantau keadaan anak-anak abah kat sekolah. Abah tak bagitau kamu suruh buat itu, larang buat ini, bukan bermakna abah tak peduli tapi abah tahu kamu berdua dah besar. Dah 17 tahun. Kamu bukannya tak boleh beza apa yang baik dan yang buruk,”
Encik Rasyid menghela nafas. Ditatapnya Emirza yang tunduk menghadap sejadah. Anak sulungnya itu sedikit dirisaukan berbanding yang satu lagi.
“Mirza, kalau kamu tak boleh nak contohi Mizi, sekurang-kurangnya cuba jadi yang lebih baik dari diri kamu yang sekarang. Tahun ni akan menentukan hala  tuju hidup kamu. Abah taknak kamu tersasar ke jalan yang salah. Abah tak boleh bantu kamu melainkan diri kamu sendiri,”
Lebih baik? Apa maksud abah lebih baik? Apa yang abah harapkan sebenarnya? Jadi macam anak kesayangan tu? Huh! Dia mendengus.
“anak abah hanya dua orang. Nanti bila abah dengan ummi dah tak ada, korang berdua cuma ada satu sama lain saja. Jangan sampai kelak, cucu-cucu abah tak kenal siapa paklong, siapa pakcik diorang. Abah taknak perkara macam tu berlaku,” ujar Encik Rasyid tenang. Diharap kata-katanya sedikit sebanyak menyuntik ke dalam jiwa remaja Emirza.
Pada Emirzi, kata-kata abah terkandung seribu makna. Dia tahu, dia hanya ada Emirza satu–satunya sebab itu dicubanya sedaya upaya untuk menyemai kasih pada abangnya itu. Emirza bagaikan satu anugerah. Dalam sikap dinginnya dia tahu masih ada satu ikatan kasih sayang yang takkan pernah terputus. Dia percaya, suatu hari nanti  abangnya akan sedar betapa kukuhnya pertalian antara mereka. Itu pegangannya.
Berbeza pula dengan Emirza, kebenciannya pada Emirzi semakin bercambah. Bukan salahnya perasaan itu timbul. Momokan demi momokan ramai menanam perasaan iri hati lalu menyimpan dendam yang mendalam. Perspektif ramai menganggapnya seolah-olah bayangan negatif, bagaikan lawan bagi perwatakan dan tingkah laku Emirzi. Kenapa tiada siapa memandang Emirzi seperti sudut pandangannya? 
Padanya Emirzi sebenarnya antagonis utama yang berselindung di balik topeng kesempurnaannya. Yang tesenyum mengejek setiap kali dia dimarahi, dinasihati. Perlukah watak sebegitu dicontohi. Hipokrit semata-mata!
“Mirza, abah...”
“Mirza mengantuk,” Emirza bangkit, melipat sejadahnya dan melangkah keluar dari ruangan solat itu tanpa bersalam dengan abahnya seperti biasa.
Encik Rasyid hanya mampu memandang Emirza yang melangkah keluar. Entah apa silapnya dalam mendidik anak itu, dia sendiri tidak tahu. Serasanya, makan, pakai, didikan diberikan sama saja dengan Emirzi, tapi acuannya menjadi lain pula. Dia mengeluh kesal.



“MIRZA, acu mu kelih tu, awek baru. Junior tingkatan empat, seminggu baru pindoh sini, cun tuu..” bisik Syamsul dalam loghat Kelantan pekatnya. Emirza memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Syamsul. Matanya menangkap susuk kecil seorang gadis yang sedang berbual mesra dengan teman-temannya. Sesekali gadis itu ketawa. Betul kata Syamsul. Cantik.
“Dalam banyak-banyak, ni first time aku setuju dengan kau, Syam” ujar Emirza. Matanya masih ralit merenung gadis itu.
“tulah mu! Suko memperlekehkan pandangan aku. Wei, mu tokse try ngejas ko? Kot-kot sakut ko, manalah tahu, rezeki, Mirza”
Rezeki? Betul tu. Tak salah untuk dia mencuba, kan?
Emirza melangkah, sempat lagi tangannya mencapai tin coke yang masih belum habis diminum. Gadis itu masih rancak berbual, tidak menyedari kehadiran Emirza.
“what!!” gadis itu terkejut. Automatik dia bangun dan menjarakkan diri dari meja dan buku yang telah basah itu. Dia berpaling, melihat siapakah gerangan yang biadap menumpahkan air tadi. Lelaki itu hanya membuat muka selamba, memandang buku yang sudah kebasahan.
“opss, sorry? Abang tak nampaklah adik duduk sini tadi,” ujar Emirza, mukanya tetap selamba, seperti tidak bersalah. Gadis-gadis lain di situ tidak dapat menahan ketawa perlahan. Gadis itu mengetap bibir.
“Yang awak ni dah kenapa? Apa masalah awak sebenarnya? Anyway, saya ada kenal awak ke?”  dipandang wajah Emirza. Pandangan mereka bertaut seketika sebelum dia berpaling ke tepi. Tiba-tiba hatinya gentar dengan renungan tajam lelaki yang baru membuat kacau itu.
Emirza menyeluk saku seluarnya, mengeluarkan sapu tangan biru muda lalu diserahkan kepada gadis tersebut. “Nah, lap air itu...”
Namun, hulurannya tidak bersambut. Gadis itu menjeling tajam sebelum bergegas meninggalkan Emirza. Berani mamat tu mengenakannya. Tak apa, ada ubi ada batas! Tiba harinya nanti, teruk mamat itu dikenakannya!
Emirza ketawa sinis. Makin cantik pulak minah itu bila marah. pipinya yang putih gebu itu kemerah-merahan menahan amarah. Jatuh cinta pandang pertama? Aduh, Emirza! Sejak bila kau dah pandai bercintan-cintan ni?
Syamsul yang hanya jadi pemerhati dari jauh mendekati dan menepuk bahu Emirza. Kata sahabatnya itu tadi nak cuba usha gadis itu, tapi apa yang dilihat tadi berlainan pula.
.“woi, Mirza, mu ni nok ngorak ko, nok gocoh? Hok mu cari pasal dengan dia tu bakpo? Melepaslah mu....” Syamsul menggeleng kesal. Sengaja sikunya dilabuhkan pada bahu tegak Emirza.
“Zaman dah berubah  Syam. Tak perlu ucap ayat-ayat jiwang, kata-kata berbunga bagai untuk mengorat. Tak kemana minah tu, ada rezeki, dapatlah,” 
Pandangan Emirza masih tidak kalih walaupun bayang gadis itu sudah tidak kelihatan. Sapu tangan yang tidak bersambut itu digenggam erat. Mindanya sudah mula berputar, merencanakan rancangan kedua untuk mendekati gadis manis itu.

“ABANG! Abang Mirza!” Emirzi cuba menyaingi langkah abangnya. Keras betul hati Aliff Emirza Bin Rasyid ini, sampaikan langsung tak terbukak hatinya untuk berpaling.
“Abang, abang nak pergi mana tu? Pak Man dah tunggu lama kat luar. Jomlah balik,” ujar Emirzi.
“hei, kalau kau nak balik, balik jelah! Apa masalahnya!? Kau tak payah nak sibuk lah, aku nak balik ke, tak nak balik ke! Budak ni aku hempuk karang baru tau!” tinggi nada suara Emirza. Sengaja dia menayangkan penumbuk, mengacah Emirzi.
“Habis tu, kalau abah tanya Mizi kenapa abang balik lambat, Mizi nak jawab apa? Err, abang nak pergi main basketball ke? Bukan ke abah dah larang abang main? Fokus study dulu?” Emirzi mengingatkan abangnya akan larangan Encik Rasyid.
Encik Rasyid sudah melarangnya untuk bergiat aktif dalam sukan memandang peperiksaan sudah hampir. Kalau resultnya okay, barulah  dia dibenarkan bermain semula. Tapi, mampukah dia bertahan untuk tidak bermain sebulan dua? Bola keranjang kegemarannya. Tempat dia melepaskan geram dan sakit hati. Memang mustahillah kalau abah cuba menghalangnya.
Emirza mencengkam beg sandang Emirzi, “jangan masuk campur! kalau abah tahu, siap kau aku kerjakan, faham! Kau balik jelah! And, stop calling me ‘abang’. Meluat aku dengar. Kau ingat aku nak sangat ke jadi abang kau!? Berambus!” 
Emirza terus melangkah meninggalkan Emirzi yang masih terkial-kial. Emirzi mengeluh. Dia buntu  tidak tahun hendak buat apa. Kalau dia balik, apa yang harus dijawab jika abah atau ummi menyoalnya nanti? Takkan dia hendak menipu. Akhirnya, dia membuat keputusan, kalau Emirza tak mahu balik, dia juga tidak akan balik! Biar dua-dua dimarahi kelak.
Gelanggang bola keranjang kosong. Tiada tanda-tanda latihan bakal dijalankan pada hari itu.. Emirzi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ke mana pulak abang bertuahnya itu? Emirzi terus saja melangkah, tiada arah untuk dituju.
Tiba-tiba satu debu tebal betul-betul menerpa ke mukanya membuatkan dia terdorong ke belakang. Emirzi terbatuk-batuk apabila saluran pernafasannya bagaikan tersekat. Separuh masuk ke mulutnya dan ada juga yang tersekat di hidung. Debu itu terasa payau. Gandum?
Seorang gadis muncul sambil ketawa. “masih ingat pada saya, Incik Troublemaker? Hari tu hari awak, and now its my turn. Everythings is fair in love and war... tak gitu?” dia menyambung kembali gelaknya. Hatinya terasa puas betul. Seminggu dia menyimpan dendam, menunggu masa yang sesuai untuk melancarkan pembalasan.
Idea yang diberikan Melissa begitu bernas sekali. Ditulisnya surat untuk berjumpa dengan lelaki itu beserta tarikh dan tempat pertemuan sekali. Ianya ialah satu taktik untuk mengenakan lelaki itu.
Emirzi mengelap tepung di mukanya yang sudah menyerupai raja kapur itu. Dahinya berkerut, mencerna kata-kata gadis yang baru pertama kali dilihatnya itu. Troublemaker? Love? War? Apa yang perempuan ni melalut ni?
“apa yang awak cakap ni, saya tak faham? Kita pernah jumpa ke? Awak... salah orang kot??”
“hei, awak ingat bila awak pakai spec, buat rambut skema macam tu saya tak cam?! Tak payah nak menyamarlah! Saya bukannya lembap sangat pun!” tengkingnya kuat. Dia sudah tidak sabar lagi. Mamat ni memang biadap!
“tak sangka kan, baru sekali berjumpa awak dah cam muka saya. Jangan-jangan, awak dah jatuh hati pada saya tak? Betul tak, Afina?” tiba-tiba muncul suara dari sebalik tangga, membuatkan Afina termengkelan. Dia berpaling ke belakang.
Apa yang dah berlaku? Kenapa mamat ni boleh ada dua? Dia ralat campur keliru. Mungkihkah.... kembar? Habis tu, kiranya dia dah serang orang yang salah? Hatinya dipagut rasa bersalah. Orang lain dah jadi mangsa akibat rancangan jahatnya itu.
Emirza hanya tersenyum melihat wajah pucat Afina. Gadis ni mahu mengenakannya? Jangan main api dik, nanti terbakar siapa yang susah?
“Lain kali, nak menyerang kenal lawan kita dulu. Kalau tak, jadi macam nilah. Dengar nasihat abang ni okay? Dan.. ni buku Fina.”
Afina memandang buku di tangan Emirza. buku itu bukan kepunyaannya. Bukunya yang ‘sengaja’ ditumpahkan air coke itu bewarna pink bukan biru.
“Abang dah saling semua nota Fina dalam buku pink kat dalam ni. Nama Fina pun abang dah tulis dekat cover book ni,” Emirza menghulurkan buku itu kepada Afina.
Afina menggenggam penumpuk. Perasaannya berbaur. Dua kali dia dimalukan. Air matanya yang bergenang di tubir mata cuba di tahan daripada menitis. Tidak mahu kelihatan lemah di hadapan lelaki itu.
Tiba-tiba timbul rasa bersalah di hati Emirza. dia tidak berniat untuk memalukan gadis itu. Dia sendiri tidak menyangka Emirzi akan muncul. Semuanya salah Emirzi, bukan dia!
“fina.... abang... abang mintak maaf..’
Afina berlalu pergi, tidak mempedulikan kata maaf Emirza. sekali lagi, huluran itu tidak bersambut. Emirza mencampakkan buku nota itu ke lantai.amarahnya bercampur rasa bersalah. 
“Abang Mirza, siapa....”
Dia menuju ke arah Emirzi dah mencekak kolar baju adiknya itu. Hatinya semakin panas. Memang Emirzi pembawa masalah! Sudah dipesan suruh berambus namun masih berani menunjukkan muka. Kalau Emirzi tiada, perkara begini tak akan berlaku!
Dia rela sekalipun mukanya dipalit tepung asalkan dia dapat merapatkan hubungannya dengan gadis manis itu. Kehadiran Emirza hanya memburukkan keadaan, menjadikan Afina semakin benci padanya. Kali itu dia sudah tidak boleh berkompromi, biar apapun yang berlaku, sekalipun dia akan dihalau dari rumah agam itu, dia tidak kisah. Emirzi harus diajar, barulah dia tahu untuk menjauhkan diri. Keluar dari urusan hidupnya.
“kau tak boleh lihat aku bahagia kan, Mizi? Kau memang nak aku merana kan?! Kau tahu betapa aku bencikan kau tapi kau tetap jugak sibuk masuk campur hal aku! Hei, jangan kau ingat, kau buat baik, buat muka innoncent macam tu, aku tak tahu niat kau sebenarnya?! Kau memang hipokrit!” satu tumbukan dilepaskan ke muka Emirzi.
Emirzi terjelopok jatuh. Pipinya yang terasa pijar dipegang. Di lap cecair likat yang keluar di celah bibirnya. Darah. Sekali lagi Emirza mengangkat penumbuknya tapi kali ini Emirzi tidak membiarkannya, pantas lengannya menghalang dan entah dari mana dia mendapat kekuatan, lututnya diangkat terus singgah ke perut abangnya itu.
Emirzi mengerang kesakitan. Ada darah keluar dari rongga hidungnya.
“Abang, maaf, Mizi tak sengaja...”
Perasaan marah Emirza maki membuak-buak. Sekali lagi ditumbuknya muka Emirzi. Emirzi terpaksa membalas untuk keselamatannya.
Mereka berbalas tumbukan tanpa memikirkan ikatan silatulrahim antara mereka. Akhirnya, Emirzi sudah tidak berdaya. Dia hanya membiarkan abangnya terus-terusan menumbuknya.
“Astagfirullah.. apa yang kamu berdua buat ni?” Cikgu Khalid, penolong kanan sekolah meluru mendapatkan kembar itu. Emirza melepaskan cengkaman pada bahu adiknya. Dadanya berombak kencang. Hatinya terasa puas. Puas apabila dapat mengerjakan insan yang teramat dibenci itu.


PRAPP!! Sebatan rotan singgah di tangan Emirzi. Dia menggoyang-goyangkan tangannya yang terasa kebas. Pedihnya Tuhan sahaja yang tahu. Sudahlah mukanya sudah bengkak-bengkak, sekarang tangannya pula menjadi mangsa.
Encik Rasyid beralih kepada Emirza. Sebatan dilepaskan namun tiada riak pada wajah itu. Betapa kerasnya hati anak itu terpancar pada raut dinginnya.
Dipandang pula wajah Emirzi. Walaupun tidak diberitahu, dia yakin anak itu bukanlah puncanya. Mustahi Emirzi berani cari pasal dengan abangnya itu. Namun, apakan dayanya, didikan haruslah terkandung keadilan, apabila dua-dua pihak terlibat, keduanya haruslah dihukum.
“Abah nak kamu berdua bermaafan. Selagi kamu enggan mintak maaf, abah akan rotan sampai kamu setuju.”  Ujar Encik Rasyid tenang.
Emirzi mengeluh sebelum membuka mulutnya, “Abang, Mizi mintak maaf. Mizi janji takkan cari pasal lagi.” Dihulurkan tangan tanda pendamaian.
Diam. Tiada sahutan daripada Emirza. Abangnya itu langsung tidak memandangnya. Tangan kanannya tetap diangkat, sedia untuk sebatan seterusnya.
“abang....”
“Mizi pergi naik atas,” arah Encik Rasyid. Wajah Emirza masih lagi dingin. Biarlah dia dirotan sehingga tangannya menggelupas sekalipun, dia takkan mengalah. Hatinya tetap mengatakan Emirzi bersalah. Emirzi puncanya!
Encik Rasyid tiada pilihan. Sebatan dilepaskan. Satu demi satu meninggalkan jalur-jalur merah kebiruan pada telapak tangan Emirza. Emirzi hanya mampu jadi pemerhati dari tingkat atas. Puan Ainnur pula sudah teresak-esak, tidak mampu menahan air mata.
Emirza tetap berkeras. Tangannya terasa pedih yang amat namun dia takkan tumpas. Merona merah mukanya menahan kesakitan.
Emirzi yang hanya jadi pemerhati semakin serba salah. Perasaan simpatinya pada Emirza semakin membuak-buak. Dia tidak boleh membiarkan abah terus-terusan merotan Emirza. Kalau mati sekalipun, abangnya itu takkan minta maaf. Tidak dan tak akan!
Lantas dia turun. Terus ditarik rotan dari tangan abah mereka. “Abah, cukuplah tu. Tak apa, Mizi tak salahkan abang pun. Mizi yang salah! Mizi yang kacau abang dulu, kalau Mizi tak menyibuk, kami takkan bergaduh,” ujar Emirzi separuh merayu. Kedua belah tangan abahnya digenggam, merayu agar lelaki separuh abad itu bersimpati pada anak sulungnya.
Emirza mendengus. Lalu, dia melangkah ke bilik, meninggalkan Encik Rasyid dan Emirzi. Pintu dikatup kuat. Sakit di tangan tidak dapat menandingi hatinya yang pedih. Pedih dan bernanah.
Dia menghempaskan badannya di atas katil. Jalur-jalur biru di telapak tangannya dipandang. Matanya berair. Namun, cuba ditahan untuk tidak mengalir keluar. Kenapa dia hendak menangis untuk perkara bodoh ini. Dia tak selemah itu. Dia takkan jadi lemah!
Dia bukanlah selemah Emirzi. Hatinya kental. Kalau tidak, bagaimana dia boleh bertahan selama ini, menangkis caci maki orang terhadapnya apabila dibandingkan dengan Emirzi. Aku benci kau Mirzi! Aku benci kau!
“Mirza..”Puan Ainnur menguak pintu bilik Emirza. Pantas, Emirza memalingkan pandangan, membelakangi umminya. Tidak mahu dikesan matanya yang merah.
“Mari.... biar ummi letakkan ubat, sayang..” ujar puan Ainnur. Suaranya bergetar menahan sendu. Sedih melihatkan anak sulungnya itu. Walau sedegil manapun Emirza, anak itu masih lagi darah dagingnya, dia yang melahirkannya.
Tangan kanan Emirza dicapai. Perlahan-lahan dibubuh ubat. Emirza tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir. Dia menangis dalam diam. Air matanya terus menitis sehinggalah dia terlelap dalam tangisan.



“EMIRZA!” Emirza berpaling mendengarkan namanya dilaung. Terkejut apabila melihatkan Afina yang sedang tersenyum sambil berlari-lari anak ke arahnya.
“emmm, errr... Abang Mirza,” tergagap-gagap Afina bersuara. Terasa janggal untuk membahasakan lelaki itu sebagai ‘abang’.
“sebenarnya, Fina nak mintak maaf pasal kes hari tu, Fina tahu Fina tak sepatutnya kurang ajar, biadap pada senior. Maafkan Fina,” ujar Afina. Wajahnya ditundukkan tanda kekesalaannya.
“ Abang pun nak minta maaf, kasar sangat cara gurauan abang pada Fina. Well, berdamai?”
Afina tersenyum, “berdamai,”
Sejak itu hubungan mereka menjadi semakin erat. Mereka selalu keluar rehat dan belajar bersama-sama. Kadang-kadang Afina akan membantunya mengulang kaji, membantu mana-mana topik tingkatan empat yang kurang difahaminya. Emirza menyukai sikap ramah dan manja Afina.
“abang, err.. adik kembar abang tu, orangnya macam mana ek? Selalu, kat rumah perangai dia macam mana?”
Emirza meletakkan pensil di tangannya. Dia mengeluh.
“Fina, kenapa Fina suka sangat tanya pasal Mizi? Hari tu Fina dah tanya, hari ni Fina tanya balik. Fina tahu kan abang tak sukakan budak tu. Abang tak peduli hidup dia, urusan dia. So, stop asking me about that guy!”
“laa... janganlah marah, Fina cuma berminat nak tahu je. Yelah, korang kan kembar. Mesti ada something yang special between korang, kan? Fina pun teringin nak ada kembar...”
Afina senyum. Seronoknya kalau dia juga mempunyai kembar. Sekurang-kurangnya ada perkara yang mereka bersama boleh kongsikan.
“Special? Huh! Abang lagi bersyukur kalau dia tak dilahirkan dalam dunia ni. Sekurang-kurangnya, abang tidak dibandingkan, tidak ada pesaing. Menyampah betul bila orang lain selalu membanding-bandingkan kita.” ujar Emirza. pandangannya jauh menembusi infiniti. Emirzi yang dibenci bagai terbayang-bayang di ruang mata, sedang mengejeknya seorang yang lembap.
“Abang dengkikan dia, ek?”
“hah? Dengki? Tak ada maknanya...” pantas dia menyangkal dakwaan Afina. Dengki? Betulkan dia berdengki? Huh, dia tak ingin langsung hidup seperti Emirzi. Terkurung dalam penjara kepura-puraan. Tiada kebebasan!


Emirzi merenung kertas sticky note pink yang berada di tangannya. Dia hairan, siapa pula yang menyelitkan kertas ini ke dalam buku notanya. Penulis nota itu ingin bertemunya dan dinyatakan juga masa dan tempat pertemuan. Emirzi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Otaknya benar-benar tidak dapat meneka sebarang jawapan. Haruskah dia pergi? Mungkinkan ini cuma pakatan yang ingin mengemakannya.
Dipandangnya Emirza yang sedang berbual di meja hadapan. Kalau Emirza ingin mengenakannya, rasanya tidak perlulah menghantar surat bagai. Ditenungnya lagi raut wajah abangnya. Ceria. Lebih ceria berbanding di rumah. Masa yang dihabiskan di rumah juga sangat singkat. Abangnya lebih suka keluar melepak bersama kawan-kawannya. Jika dia dirumah pun, dia lebih selesa mengurungkan diri. Hanya bertembung muka waktu makan serta solat maghrib dan isyak berjemaah sahaja. Untuk berbual? Jauh sekali.
Dia hairan. Kenapa abangnya tidak boleh melayannya sama seperti orang luar yang lain? Benci sangatkan Emirza padanya sehinggakan dipandangnya dirinya dengan pandangan meluat. Dia dah cuba yang terbaik, tidak pernah sengaja menyakitkan hati Emirza, namun lelaki itu tidak pernah memandangnya dari sudut positif.
Akhirnya, dia mengambil keputusan. Menjauhi segala urusan hidup abangnya itu. Namun, betapa rindunya dia akan saat mereka membesar bersama, hanya Tuhan saja yang tahu. Terkilan. Memang dia terkilan.
Bunyi loceng menyentakkannya dari lamunan. baru dia menyedari betapa jauhnya dia mengelamun sehingga tidak sedar masa yang berlalu. Tiba-tiba hatinya rasa bersalah pada cikgu kerana tidak menumpukan sepenuh perhatian.
Nota yang diterima tadi digenggam erat. Kenapa dia perlu takut? Apa salahnya dia pergi, dari membiarkan hatinya terus tertanya-tanya.
Dia melangkah menuju ke tempat yang dinyatakan dalam nota tersebut. Tiba-tiba, baru dia menyedari. Tempat itu ialah tempat dimana dia disimbah tepung dan bertumbuk dengan abangnya. Sah! Mesti Emirza ingin mengenakannya.
“Abang...” emirzi tersentak. Hampir gugur jantung dibuatnya. Seorang gadis sedang tersenyum kearahnya. Setelah diamati, barulah dicam wajah itu. Tidak silapnya... bukankah itu gadis yang melempar tepung padanya? Gadis yang diminati abangnya. Entah apa namanya, dia tidak tahu.
“Aduh.... rasanya awak dah tersilap ni. Saya Emirzi, bukan Emirza. kalau awak nak jumpa abang Mirza, saya boleh bagitau dia,” ujar Emirzi sambil ketawa lembut. Dia membaiki cermin matanya yang melurut di batang hidung.
“tak! Tak! Fina memang nak jumpa Abang Mizi pun. Sebenarnya, Fina.....”
“ Fina sukakan Abang Mizi!”
Suara Emirzi bagaikan tersekat di kerongkong mendengarkan pengakuan gadis itu. Dia buntu!
“ Fina dekat dengan Abang Mirza sebab Fina nak tahu pasal Abang Mizi. Fina... Fina tak berani nak dekat dengan Abang Mizi sebab Fina takut, Fina takut Abang Mizi tak layan Fina...”
“Tapi, Abang Mirza kan sukakan awak? Awak tak boleh sukakan saya, kalau tak Abang Mirza akan lebih bencikan saya. Tolonglah faham keadaan saya.”
“tapi Fina sukakan Abang Mizi. Fina tak boleh tipu perasaan fina!”
Afina tertelekur memandang lantai. Sugul wajahnya. Sudah dijangka cintanya akan ditolak namun, dia tidak boleh berlakon lagi. Dia memang betul-betul sukakan Emirzi. Berkawan dengan Emirza disangkanya mendekatkan dia pada Emirzi. Namun, sampai bila dia harus begitu. Dia perlu berterus-terang.
“Fina sukakan Abang Mizi sebab Abang Mizi baik, pandai. Walaupun Fina dah cuba rapat dengan Abang Mirza, Fina tetap tak boleh buang perasaan Fina pada Abang Mizi.... apa gunanya Fina terus berlakon, baik Fina terus terang kelak Abang Mirza tak terlalu terluka.” Ujar Afina. Perasaannya pada Emirzi begitu tulus.
Emirzi terdiam. Dia tidak sanggup menikam belakang abangnya sendiri. Dia nampak bagaimana rapatnya hubungan Afina dan Emirza. emirza tidak pernah sebaik itu dengan mana-mana gadis yang lain. Dia tahu, Emirza mula sukakan Afina.
Adengan itu rupa-rupakan disaksikan oleh orang ketiga. Emirza yang menjadi pendengar setia di sebalik tangga mengenggam penumbuknya. Darahnya terasa meruap-ruap. Pengakuan Afina yang didengarinya secara tersembunyi betul betul menikam tangkal hatinya lalu merobeknya sehingga meninggalkan luka yang dalam. Selama ini dia diperolokkan perempuan itu, dipergunakan untuk mendekati Emirzi.
“Pandai kau, Afina! Kau mainkan aku untuk kepentingan sendiri! Aku yang lembap sebab terlalu berharap!” Rambutnya dicengkam, menyesali kebodohannya.
  Emirza terus meninggalkan adegan pengakuan itu, dia takut jika terus-terusan dia di situ, dia bakal hilang kawalan dan mengikut perasaan marahnya. Kelak, ada pula nyawa yang akan melayang.
“Abang Mirza....” 
Dia tidak berpaling. Terasa jijik untuk memandang wajah itu. Perasaan dendam yang membara dalam jiwanya sudah mencapai tahap maksima, sehinggakan akal luar sedarnya menolak kewujudan insan itu sebagai kembarnya. Hatinya berbuku rasa marah yang amat sangat.
Emirzi yang hanya berdiri di tepi pagar sekolah tadi cuba mara, mendekati Emirza. dia dihuni rasa bersalah yang amat. Percayalah, bukan pintanya semua ini berlaku.
“Maafkan Mizi... Maafkan Mizi...”
Emirza ketawa sinis. Sudah acap kali perkataan maaf keluar dari bibir itu. Namun, kenapa hatinya masih sakit, semakin sakit setiap kali Emirzi mengucapkannya. Air mata kebencian mengalir di tubir matanya.
“Maaf? Kenapa kau nak mintak maaf pada aku? Kau ingat bila kau mintak maaf, keadaan akan jadi sedia kala? Kau ingat dengan kemaafan, aku akan jadi abang terbaik untuk kau? Kau ingat semua tu boleh jadi ke Emirzi!?”
“Mizi dah cuba, Mizi dah cuba tenangkan hidup Abang... Mizi jauhkan diri dari abang semata-mata nak tengok abang bahagia! Tiap hari Mizi doa, abang akan sedar, betapa sayangnya Mizi pada abang... Mizi tak pinta semua ni! Mizi tak pernah berharap pun!”
Emirza diam. Penumbuknya digenggam erat. Betul! Tiada siapa yang harapkan perkara sebegini berlaku. Dia juga tidak pinta untuk membenci darah dagingnya sendiri itu. Tapi keadaan yang mendesak. Dia tidak boleh menjadi sepintar, sebaik Emirzi! Sebab itulah, dia menyalahkan Emirzi kerana lebih baik dari dirinya. Semua orang memerlinya, memarahinya kerana dia tidak setanding Emirzi yang sempurna!
“Kenapa.... kenapa Abang buat macam ni pada Mizi?!” keras suara Emirzi. Air mata yang mengalir diseka perlahan. Soalan yang selama ini selalu bermain di benakknya akhirnya dilepaskan. Dia perlukan jawapan akan kebencian Emirza padanya.
“kenapa Abang tak suka Mizi...?”
“Sebab kau hipokrit! Kau buat hidup kau lebih sempurna, sehingga orang lain tak nampak apa yang ada pada aku! Kau rampas kebahagiaan aku! Kau hidup dalam ejekan yang dilemparkan orang lain pada aku! Aku bencikan kau! Aku benci sebab kau muncul dalam hidup aku! Aku benci jadi abang kau! Aku benci kau Mizi!”
Emirzi terkesima. Lututnya terasa lemah. Tangannya menggeletar menahan sendu. Dia tak menyangka sehingga begitu sekali Emirza membencinya. Bukan salahnya Emirza jadi begitu. Emirza yang memilih jalan begitu. Dia sendiri yang mencorakkannya, dia yang mencontengnya, kenapa orang lain yang dipersalahkan?
“Aku.... Aku berharap kau tak pernah wujud dalam hidup aku, Mizi...”
Emirza melangkah meninggalkan Emirzi yang masih bungkam. Jalan raya yang sesak itu dilintasi tanpa rasa gerun. Air matanya dibiarkan menitis, agar dapat membawa pergi kepedihan hatinya.
Emirzi mengejar langkah abangnya. Sekurang-kurangnya, biarlah Emirza tahu betapa dia menyayangi abangnya itu. Bencilah dia! Dia tidak kisah! Tapi ketahuilah, dia sayangkan Emirza sebab hanya Emirza satu-satunya abang yang dia punya.
Bunyi hon dan dentuman yang kuat mengejutkan semua penjalan kaki waktu itu. Emirzi pandang Emirza, begitu juga sebaliknya. Kedua anak muda itu terkesima. 
Langkahnya mati dan badannya menggeletar. Akal logiknya menidakkan apa yang dilihat pada mata kasarnya.



Nota kaki- fuhh.. penat nak siapkan part 1. Part 2 tengah dalam pembikinan. macam mana? mintak pendapat sikit. *peace*


KYUMIEE96

Cerpen - Cubaan Pertama


Assalamualaikum w.b.t.


okay. ini adalah cubaan pertama Kyu dalam bidang penulisan. Kyu memang tak pandai dalam bab penulisan ni, sumpah tak tipu! yelah, selama ni manalah pernah ambik bidang sastera ni, tetibe nak nulis pulak, rasa macam Maritian yang tetiba mendarat dekat bumi. Eh.


sebelum tu.

 cerpen ni tak heavy tak light sangat. so-so jer. satu lagi, jangan ambik serius sangat dengan cerpen ni. Takde kena mengena dgn yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. hanya rekaan semata-mata. bolehlah dilayan dipetang hari sambil makan biskut oreo cicah kopi mahkota dewa. Kah.

sebarang komen atau pandangan boleh jerit kat bawah. kalau anon semua ada idea yang bernas lagi mengeniuskan, bolehlah kongsi-kongsi kat bawah ye! *peace*



bismillah...


NUR SYAZANA


                Bunyi nyaring loceng menandakan sesi pembelajaran telah pun berakhir. Aku bingkas bangkit, mengemas baranganku lantas mengatur langkah untuk pulang.

            “Fad! Fadlan!” aku berpaling  mendengarkan namaku dilaung. Melihatkan si pemanggil itu membuatkan  aku mengeluh. Dapat ku agak apa yang akan dikatakannya.

            “petang ni ada latihan, bukan” ujarku, sekadar menduga.

            Shafiq hanya tersengih. Huh, persis kerang busuk!

            “ingat tu, macam  biasa ya!” dia menepuk bahuku sebelum beredar. Aku hanya memerhati susuk tubuhnya yang semakin menjauh. Nampaknya, sekali lagi aku perlu melupakan rancanganku untuk makan di rumah. Disebabkan jarak rumah dan sekolah yang begitu jauh, aku terpaksa menaiki bas ke sekolah dan jika ada aktiviti petang sebegini, terpaksalah aku tunggu di sekolah sahaja memandangkan tiada siapa yang dapat menghantarku untuk menghadiri latihan.

            Aku mengatur langkah ke surau dan  menunaikan solat zohor. Perut yang berkeroncong minta diisi kutahan. pelajar-pelajar sudah ramai yang pulang dan kini yang tinggal hanyalah aku seorang, termangu-mangu kebosanan. Lantas, aku membuka buku untuk menyiapkan latihan yang diberi oleh cikgu.

            “mana bekas pensel ni? Mesti tertinggal bawah meja!” aku mengeluh perlahan. mahu tak mahu, terpaksalah aku melangkah ke kelasku iaitu blok yang paling belakang sekali. Aku melangkah lambat sambil mulutku merungut atas kecuaian diriku sendiri. Melihatkan suasana sekeliling yang sunyi sepi, membuatkan bulu romaku sedikit meremang.  Namun, digagahkan jua kaki ini untuk terus melangkah.

            Tiba sahaja di depan blok, tiba-tiba satu perasaan aneh kurasakan. Aku menelan liur. Satu-persatu anak tangga kudaki sehinggalah badanku kini berdiri betul-betul di hadapan kelasku. aku menghela nafas. Lega! Mungkin perasaan aneh tadi kerana aku terlalu memikirkan yang bukan-bukan. Lantas, setelah mencapai bekas pensel di dalam laci, aku melangkah keluar kelas.

            “warghh!!!” aku terdorong ke belakang sehingga terlanggar pintu kelas. Punggungku terasa pijar dan kepalaku senak. Seorang gadis sedang berdiri sambil tersenyum di hadapanku.
“er... a..awakk ni siapa!? Mm..macam mana awak boleh ada kat sini!?” aku menelan liur. Jantungku berdegup pantas bagai hendak pecah.

              Gadis itu ketawa. Lembut. Dia mendekati dan memandangku,  “sepatutnya, saya yang tanya awak, awak buat apa kat sini?”. Matanya yang menatapku membuatkan aku gugup. Aku tunduk. Siapa perempuan ni? Melihatkan gadis itu masih berseragam sekolah sama seperti diriku, membuatkan aku terfikir, mungkin dia juga ada perkara yang menghalangnya untuk pulang ke rumah.

            Bingkas aku bangun, menyapu debu yang melekat di seluar dan bajuku.  “rasanya lebih baik awak balik, tak elok awak kat sini sorang-sorang. Awak tu perempuan.” Ujarku, masih lagi menyembunyikan rasa gugupku. Entahlah, renungan matanya tadi membuatkan hatiku berdebar.

            “tak apa, awak kan ada,” dia tersenyum lagi.

            “saya ni lelaki, awak tak takut?” Ugutku. Sekadar menakutkannya. Memang tidak elok jika dia bersendirian di sini. Lebih-lebih lagi ini adalah bangunan yang paling belakang. Sebarang kemungkinan boleh berlaku.

            “saya...percayakan...awak! saya tahu awak baik, lagipun, saya suka duduk sini sampai petang,” perlahan-lahan dia melangkah, menuju ke ruang di hujung koridor.
            “memerhatikan matahari yang makin jingga, sehinggalah ianya tenggelam di balik bukit-bukau tu, cantik!” dia menongkat dagu.

 “ALLAH tu Maha Berkuasa kan? DiciptaNya bintang besar ni dengan cukup indah sekali. Cahayanya tersebar di segenap ruang dunia.”

              Kupandang  wajahnya yang kusyuk memandang langit. Matanya yang coklat keperangan kelihatan bercahaya dipanah mentari. Ya, memang cantik.

            “kenapa?” ujarnya.

            Terus aku melarikan anak mataku. Tidak mahu dikesan menatapnya. Aku mengerling ke arah jam tanganku. Jarum pendek sudah menunjuk ke angka 4.

            “saya kena pergi, ada latihan.” aku berlalu meninggalkannya yang masih memandang langit. Makin lama aku di sini, makin berdebar rasa hatiku. Entah kenapa, katanya-katanya tadi seolah-olah berentak senada bersama degupan jantungku.

            “err....saya Nur Syazana, awak?” gadis itu melaung ke arahku dari atas bangunan blok.
            Aku mendongak memandangnya dari bawah.

            “Fadlan,”




“SHAFIQ, kau kenal tak perempuan nama Nur Syazana?”
            Shafiq yang sedang menikmati hidangan menghentikan suapannya. Garfu di tangannya diletakkan. “Nur Syazana yang mana satu? Di sekolah ini berpuluh orang dengan nama Nur Syazana. Nur Syazana Ariffin, Nur Syazana Munirah, Nur Syazana Suhada...”

            Aku menongkat dagu. Ada benarnya juga kata-kata Shafiq itu. nama Nur Syazana bukanlah dia seorang saja. Mana mungkin aku dapat mencarinya sedangkan aku tidak mengetahui apa-apa tentang dirinya. mungkin semalam cuma pertemuan yang tidak memberi apa-apa makna, sekadar kebetulan. Tetapi, jauh di sudut hatiku, aku ingin bertemu dia lagi, bertanya tentang dirinya, berbual dan melihat mata indah itu lagi.
 Agaknya... bolehkah?

            “oh, sebelum terlupa, petang ni latihan batal, coach mc.” Shafiq mengangkat pinggannya lantas menuju ke singki. Kelihatan beberapa orang pelajar juga sudah mula mengangkat punggung meninggalkan ruangan kantin memandangkan waktu rehat sudah hampir tamat.

            Latihan...batal. penyataan itu agak mengecewakanku.




MASA terus berlalu dan entah kenapa, aku masih berdiri di sini.  Walaupun pada mulanya aku ragu-ragu, tanpa aku sedari, kakiku  telah melangkah membawaku ke sini. Ya, di hadapan blok belakang. Waktu itu jam sudah menunjuk ke angka 3. Dan... ya, ianya mengambil masa yang lama  untuk memutuskan keputusan sama ada aku patut pulang atau pergi ke blok belakang ini. akhirnya bas yang bergerak meninggalkanku seolah-olah memberi jawapan bagi kekusutanku. Apakah aku terlalu berharap untuk bertemu Nur lagi? Tapi kenapa? ada sesuatu yang mendesak mindaku seolah-olah menampal wajah dan senyuman Nur di benakku.

            Di anak tangga teratas, dari jauh aku dapat lihat Nur, sama seperti kelmarin, di hujung koridor dan masih lagi merenung mentari. Perlahan-lahan aku mendekatinya.

            “awak lagi?” Nur tersenyum ke arahku.

            Aku cuba membalas senyumannya. Mujurlah, dia di sini. Entah kenapa, aku berasa betul-betul gembira. Keputusanku untuk ke sini adalah tepat.

            “kenapa awak datang sini lagi? Tertinggal barang lagi?” dia ketawa sinis, mengejek.
            Pertanyaannya membuatkan aku sedikit termalu. Perlukah aku memberitahunya hal sebenar? Ke sini bertujuan untuk berjumpanya?

            “masih merenung mentari?” soalku lantas mengambil tempat di sisinya. Mataku turut sama menjamah langit, memerhati cahaya yang galak memancar. Burung-burung beterbangan bebas, saling berkejaran sesama sendiri dan menghilang di celah-celah pohon rendang.

            Nur hanya tersenyum lembut.

            “err... boleh saya tahu tentang diri awak?” ujarku tanpa memandang wajahnya.
            Dari ekor mataku, kulihat dia berpaling memandangku. Aku turut sama memberanikan diri, berpaling dan bertentang dengan mata yang indah itu. sekali lagi, jantungku berdetak laju.

            “tentang saya?”

            Aku mengangguk. Lantas, dia menceritakan serba sedikit tentang dirinya. Pada pandanganku hanya bibirnya sahaja yang bergerak tanpa suara. kerana selebihnya,bunyi degupan jantungku bagaikan memenuhi ruang rongga telingaku sehingga menenggelamkan suara lembutnya.

            “awak pula?” soalannya mematikan lamunanku. Sekali lagi aku termalu. Aku cuba sembunyikan rasa seganku dengan memandang langit. Kelihatan matahari sembunyi di balik awan. Lantas aku tersenyum. Matahari seolah-olah memerliku!

            “keluarga saya berpindah ke sini atas urusan kerja awal tahun ni. Memandangkan saya baru bertukar ke sini, jadi tak banyak yang saya tahu tentang sekolah ni,  saya pun tak punya ramai kawan lagi.”

            Aku terus bercerita mengenai diriku. Tentang sekolah lamaku, peperiksaan SPM yang bakal kujalani hujung tahun ini. dia kusyuk mendengar ceritaku, sesekali kulihat dia ketawa kecil apabila aku merungut berkenaan latihan bola tiap-tiap petang.

            Tanpa aku sedari, jam sudah menunjuk ke angka 6.

            “dah petang. Saya perlu balik. Awak?” aku bangun dan mencapai beg sandang.
            “sekejap lagi.” Katanya.

            Nur menghantar ku pergi dengan senyuman. Jauh di sudut hatiku, aku begitu risau, akan keselamatan dirinya.


            Dan...harap-harap esok kami dapat ketemu lagi..





DAN hari-hari terus berlalu barsamaku yang setia menemani Nur. Tiap-tiap petang, bercerita mengenai mentari, sinarnya sehingga aku sendiri tidak sedar, perasaanku kepadanya semakin kuat. Makin bercambah dari hari ke hari. Melihatkan lenggok bicaranya yang lembut dan matanya yang sentiasa bersinar, cukup membuatkan aku tertawan padanya.

“nampaknya musim tengkujuh dah dekat, sedihnya...” Nur mengeluh.

Aku memandang langit. Kelihatan matahari bersembunyi di balik awan mendung. Cahaya jingganya hanya kelihatan pecah-pecah di balik awan-awan besar. Suasana sekeliling juga kelihatan agak suram. Daun-daun lalang bergerak sayu  dipupuk angin petang.

“fadlan... boleh tak saya nak minta sesuatu pada awak?” tiba-tiba Nur bersuara memecah keheningan.

“awak nak minta apa?”

Bibir Nur mengukir senyuman manis. “saya nak...”

“Saya nak matahari tu. Saya nak awak ambil ambil matahari tu untuk saya, boleh?”

Aku tersentak. Mm...ma..matahari!? berguraukan Nur?macam mana aku nak capai matahari tu? Belum sempat aku dekati, mungkin jadi abu dahulu tubuhku ini. mustahil! Memang amat mustahil.

Tiba-tiba Nur ketawa. Kuat tapi lembut. Aku menggaru kepala. Tahulah yang aku sudah dipermainkannya. Mana mungkin manusia boleh mencapai mentari. Aku juga turut tersenyum. Ada-ada sahaja Nur ini!

“fadlan... tolong....”

“tolong jangan lupakan Nur, ya?”

Lambat-lambat aku senyum. Kata-kata Nur membuatkan air liur yang kutelan terasa pahit. Apakah Nur mahu meninggalkanku? Tak mahu lagikah dia ke sini, berbual bersamaku sambil memuji langit ciptaan Ilahi? Hatiku terasa gusar. Ingin sahaja kuluahkan apa yang terbuku di hatiku. Luahkan perasaanku yang sudah terpaut padanya.

Namun, suaraku bagaikan tersekat di kerongkong. Aku tak cukup bersedia! Aku tak cukup bersedia untuk mengucapkannya. Aku takut, apa yang kurasa ini tidak sama dengan apa yang Nur rasa. Kalau Nur menolak cintaku, aku tidak pasti, apakah hubungan kami akan kekal sebagai kawan seperti kini? Semestinya rasa malu yang menebal membuatkan aku tidak selesa lagi untuk berjumpanya. Keadaan akan menjadi canggung!

Tak! Aku tak sanggup. Aku tak sanggup kehilangan Nur. biarlah rasa hati ini ku simpan dahulu.

 Biarlah takdir yang memberi jawapannya.





“Fad, Fad” dari jauh kulihat Shafiq berlari menuju ke arahku. Dia memegang bahuku, sedikit termengah-mengah. Waktu itu, aku baru usai menukar kasutku, bersedia untuk mengikuti latihan bola bersama sahabatku yang lain.

“kenapa Fiq? Seperti dikejar hantu saja!?” soalku.

“hari tu, kau pernah tanya aku tentang gadis nama Nur Syazana kan?” soalan Shafiq agak menghairankanku. Kenapa tiba-tiba sahaja dia menyentuh hal berkenaan aku dan Nur? serasaku, tak pernah pula dia ambil peduli tentang itu selama ini.

“Nah, baca artikel ini. aku jumpanya dalam bilik guru, sewaktu membantu Cikgu Haris menyusun buku,” dia menyerahkanku satu artikel yang kelihatan agak usang. Lantas, artikel itu bertukar tangan. Kubaca kandungan artikel tersebut.

Aku tergamam. Nadiku seolah-olah berhenti. Seluruh tubuhku menggeletar. Benarkah apa yang terpampang di sini? Tapi semua ini agak mustahil! Lantas, aku berlari menuju ke blok belakang,pantas mataku mencari susuk tubuh Nur.

Ternyata Nur masih di tempat biasa. Menyedari kehadiranku, dia berpaling sambil mengulum senyuman. Aku hanya diam. Melihatkan matanya yang bersinar dan senyuman manisnya itu membuatkan aku hanya mampu terus membisu. Aku buntu! Segalanya seakan-akan di luar realiti!! Ahh,, hatiku pedih!

“kenapa ni?”  Nur memandang artikel yang kupegang. “apa itu?” Perlahan-lahan dia menarik artikel itu dari tanganku. Kulihat, riak wajahnya mula berubah setelah membaca artikel tersebut.

“betulkah? Tapi...” kulihat tangan Nur terketar-ketar. Wajahnya yang selama ini tenang kelihatan keliru. Aku sendiri menjadi hairan, masakan dia sendiri tidak menyedari akan kewujudannya? “Nur...” aku menyeru lembut namanya. Ada air jernih menitis dari lopak matanya. Aku diburu rasa bersalah.

Nur berlari meninggalkanku. Aku cuba mengejar, namun sewaktu menuruni anak tangga, kakiku tergelincir sebelum badanku terhempap jatuh ke lantai konkrit. Kepalaku terasa berdenyut-denyut. Aku cuba memanggil Nur namun suaraku bagaikan tersekat di kerongkong. kulihat bayang Nur yang semakin menjauh... seakan cahaya yang makin menghilang.


Segalanya gelap.




Aku membuka mata. Cahaya lampu yang terang menyilaukan mataku.  Coach pasukan bolaku, cikgu Razif sedang tersenyum. Abah dan mama juga berdiri di birai katilku. Di satu sudut, kulihat Shafiq sedang merenungku, sambil berpeluk tubuh. Aku meraba-raba kepalaku. Berbalut. Apa yang telah berlaku? Aku kurang pasti. Tiba-tiba mindaku bergerak pantas, seolah-olah melintasi ruang waktu. Kejadian tadi terulang di benakku.

“Fadlan okey? Tak perlu risau, kepala kamu hanya luka ringan. Mujur Shafiq menemuimu tadi. Segera kami bawa kamu ke hospital.  Sebenarnya apa yang telah berlaku di blok belakang tadi?” Cikgu Razif memegang bahuku.

Lidahku kelu. Bagaimana harus kuceritakan semua ini. pasti semua orang akan menganggapku gila. Tapi aku pasti! Nur benar-benar wujud. Bukan pernah wujud namun masih lagi wujud. Perlukah semua ini kubongkar? Mahukah mereka percaya kata-kataku?

“saya....”

“maaf, saya tak ingat.” Bohongku.

Aku tunduk, tidak mampu menentang mata-mata yang sedang memandangku kini.

Beberapa ketika kemudian, masing-masing keluar dari bilik hospital, tinggallah aku dan Shafiq, masih diam tidak berkutik. Suasana sepi menyelubungi kami.

Masih lagi sepi. Aku tidak tahu bagaimana untuk bersuara. Lantas, aku berpaling, menghadap tingkap yang separuh terbuka. langit yang tadinya biru semakin menjingga. Sang mentari juga mula mengudur diri di balik bukit. Burung-burung beterbangan, kembali ke sarang di celah-celah rimbunan pohon. Senja.

“aku tak gila. Aku pasti, Nur itu bukan khayalan semata. Nur bukan hantu. Nur bukan roh!” aku memecah keheningan. Suaraku agak kutekan sedikit di hujung bicara.

Dari ekor mata, kulihat Shafiq melepaskan keluhan berat. Pelahan-lahan dia melangkah ke birai tingkap. Merenung ke luar juga.

“Nur Syazana... pelajar tingkatan empat, 5 tahun yang lepas. Cantik, ramah, lembut.mayatnya dijumpai di blok belakang oleh pengawal keselamatan. Tiada siapa yang tahu sebab sebenar. Ada yang kata dia dibunuh,” Shafiq mengulangi kandungan artikel tersebut. Mengingatkan wajah Nur yang terpampang pada muka artikel membuatkan badanku menggeletar.

Aku menggeleng. “Tak! Tak mungkin! semuanya luar logik akal! Aku tak gila untuk bercakap dengan hantu! Karut! Semua ni mengarut”

Perlahan lahan air mataku mengalir jatuh. Bahuku terhenjut-henjut menahan sendu. Shafiq duduk di sebelahku, cuba menenangkanku. Hatiku sakit! Sakit sangat. Kenyataan yang harus kutempuh di luar kemampuanku. Jauh, di sudut hatiku, aku berharap semua ini hanyalah mimpi semata-mata. Itu lebih baik untukku yang kini terpaksa mengusung memori ini.





HUJAN lebat mulai reda, meninggalkan lopak-lopak air pada lantai bumi. Awan mendung berarak pulang. Pohon-pohon basah menitiskan air di hujung daun. Lalang-lalang yang juga kebasahan tunduk menyembah bumi, tidak lagi menari seperti petang-petang lepas. Dan, aku masih lagi di situ, berseorangan mengutip cebisan-cebisan kenangan yang Nur tinggalkan. Di blok ini juga, aku menatap mentari seperti kebiasaan Nur lalui. Setiap hari, setiap petang. Hatiku memuji kuasa ciptaan Ilahi. Rasa kagum yang Nur tinggalkan seolah-olah meresap ke dalam jiwaku, menjadi sifat yang secara langsung tidak kusedari. Mentari senja mula meniti dikaki bukit, semakin tenggelam, membawa bersama ‘nur’ yang makin hilang.