nuffnang code

Saturday 3 October 2015

cerpen My Precious - part 2


10 tahun kemudian.

Pinggg!!!!
“Allah!” Aisyah tahan tangannya pada hon, menahan hidung dari mencium stereng Suzuki Swiftnya. Inertia, bak kata ahli fizik.

Sekilas dipandang cermin pandang belakang sebelum dia tersentak oleh ketukan bertalu-talu pada tingkap keretanya. Seorang lelaki muda sedang bercekak pinggang sambil mengarahnya untuk keluar.
Aduhh... cuak pulak dia rasa nak buka pintu. Manalah tahu mamat ni ahli kongsi gelap ke, ketua mafia ke... tak pasal-pasal makan penumbuk dia hari ini.

“Sorry” ujar Aisyah selepas melangkah keluar dari kereta.

“huh! Perempuan rupanya! Patut bawak macam siput!” sinis nada lelaki itu. Sakit pulak hati Aiyah. Alah, kalau bukan mengenangkan salah dia, dah lama dia sound balik mamat ni!

Dia memanjangkan langkah melihat ‘hasil’ acciddent yang berlaku tadi sambil diekori oleh lelaki itu dari belakang. Ada kesan calar pada bumper keretanya dan kelihatan lampu signal Audi R8 lelaki itu dah retak.

Aisyah ketap bibir. Halamak! Petaka betul. kalau saga ke perodua ke boleh jugak dia bagi cash dekat mamat ni. lepas tu, bolehlah blah dengan selamba, macam tak ada apa-apa yang berlaku.

“Sorry encik, saya betul-betul ingat saya dah bagi signal tadi. Sebab tu...”

“Harap kereta je mahal! Tapi tak ada signal! Kalau dah nak belok tu, tak reti bagi signal dulu ke? Ke bawak tak ada lesen ni? entah-entah lesen pun pakai ‘beli’ untuk lulus!” pedas betul ayat yang keluar dari mulut lelaki. Sepedas Kentucky Fried Chicken perasa Hot and Spicy. Sampai berdesing telinga Aisyah dibuatnya. Kalaulah ada cermin mata 3D waktu itu, dah boleh nampak asap berkepul-kepul keluar dari telinga gadis itu.

Part lesen beli tu dah sakit dah tapi part kereta mahal tu menyirap betul! tahulah kereta dia lagi mahal dari kereta kita, tak payahlah nak perli sampai macam tu.

“Encik ni tak boleh cakap elok-elok ke? I ve already said it is my fault and im gonna solve this problem. So, rasanya tak payah kot nak perli saya sampai macam tu sekali,” ditahan suaranya supaya tak kedengaran terlalu lantang.

“perli? Saya cakap benda betul okay!  Bawak kereta macam orang tak lulus test drive! Kalau saya tak sempat nak brek tadi, entah-entah boleh accident lagi teruk!”

“Pardon?! Hei Encik, Encik tak boleh salahkan saya je tau! Salah encik jugak yang bawak laju laju tu kenapa?! Inilah orang lelaki, kalau bawak kereta, laju tak ingat nyawa langsung! Lepas tu, bila berlaku accident, mulalah nak tunding jari dekat orang lain!

“hello Miss, sekarang salah saya ke salah awak, huh? Awak nak bayar ke tak ni?! Awak jangan haraplah saya akan lepaskan awak kalau awak taknak bayar saya! ”

Aisyah garu kepala. Macam mana ni? Dahlah dia tak ada cash sekarang. Kalau ada pun berapalah sangat, tak cukup rasanya nak bayar ganti rugi lelaki itu. “Okay, fine! Im sorry. Take this.” Sekeping kad nama disua. “How much it costs, text me, i ll pay you later.”

“No no no.. macam mana saya boleh percayakan awak dengan sekadar kad nama? Saya nak cash, sekarang jugak!” lelaki itu mendesak. Makin cuak Aisyah jadinya.

“tapi…”

“what?! Pay me, now!”

Tiba-tiba seseorang muncul. Mencelah diantara ketegangan itu. “how much?”

Aisyah angkat kepala, melihat siapa gerangan yang tidak diundang itu. Seorang lelaki berpakaian simple. Kemeja kotak-kotak dengan jeans yang agak lusuh.

“kau dah kenapa, huh? None of your business!” lelaki berang itu menjerkah. Memandang sinis pada pemuda berkemeja itu.

“of course it had been my business since she is my sister. Salahkah kalau seorang abang ambil tahu pasal adiknya? I think nothing wrong. For second time, berapa yang encik nak?”

Hampir tenganga mulut Aisyah. Abang? Sejak bila dia ada abang? Sejak bila si anonymous yang tiba tiba datang lagak hero berkuda ni menjadi abangnya?

“tujuh ratus.”

Emirza mengeluarkan dompetnya. Rm700 dihulur kepada lelaki tersebut. Tanpa ucapan terima kasih, lelaki itu terus berlalu meninggalkan mereka berdua. Menghidupkan enjin keretanya dan terus memecut pergi.

Hish. Aisyah menggeleng. Perangai orang melayu zaman sekarang. Entah pape! Tak ada adab langsung! Terima kasih, mintak maaf tu susah benar nak diucap, macam kena bayar je kalau nak disebut.

Pandangannya kalih kembali pada lelaki yang telah membantunya itu.

“terima kasih, ya. Sorry sebab dah susahkan encik. Oh, ya!” sekeping kad nama dihulurkan kepada lelaki tersebut.

“by the way, ni kad saya. Nanti encik mesej saya tau, inform saya supaya saya bayar balik duit encik. And encik?”

Kad itu bertukar tangan.
NurAisyah Mohd.
Psikiatri.
HUKM.

“Aliff Emirza” ujar Emirza pula seraya mengulum seyuman ramah.



               
“ENCIK.... err...”

                Emirza mengangkat wajah. Sudu di tangannya diletakkan ke pinggan. Dilihat Aisyah yang sedang tersenyum ramah memandangnya.

                “what should i call you, either Aliff or Emirza?”

                “Just Emirza. Biasanya, kalau orang panggil saya Aliff, saya jarang menyahut. Dari kecik lagi orang panggil Emirza. emm... Cik Aisyah buat kat sini?”

                Dia memandang Aisyah yang mengambil tempat di kerusi hadapan, menghadapnya. Gadis itu begitu anggun sekali dengan blaus berona ungu lembut. Dipadankan pula dengan skirt labuh coklat cair dan tudung juga bewarna coklat namun bewarna lebih cerah.

                “ lunch hour. Encik Emirza sorang-sorang je ke?” matanya menjalar ke segenap ruang di dalam food court itu. Tiada tanda-tanda seperti orang sedang menuju atau memandang ke arah mereka berdua.

                “biasalah, hidup tak berteman. Makan sorang, kerja sorang.... lagipun tak ada yang sudi keluar makan dengan kita...”

                Kata-kata Emirza mengudang ketawa Aisyah. Sebenarnya, tadi selepas melihat kelibat Emirza, dia sendiri tidak menduga langkah akan membawanya mendekati dan menegur jejaka itu. Nasib bagaikan mempertemukan mereka kembali,seperti tidak membiarkan perkenalan yang lepas ternoktah begitu saja.

                “Cik Aisyah taknak makan apa-apa ke?” soal Emirza.

                “Takpe, nanti saya bungkus, makan dalam office.”

                “Hmm... at least.. temankanlah saya... kalau awak tak kisah,”

                Emirza cuma menghadiahkan satu senyuman manis sebelum Aisyah juga turut tersenyum. Entah apa yang bermain di hati mereka pada pertemuan kedua itu, hanya mereka berdua sahaja yang tahu.





                HANUM  menggaru-garu kepalanya. Hampir setengah jam dia berdiri di bahagian novel itu, namun apa yang dicarinya masih belum ditemui. Serasanya baru minggu lepas dia menemui buku Twilight Breaking Dawn, takkan sekarang sudah habis dijual?

                Ini semua salah Kak Aisyahlah! Orang minta duit belanja lebih sikit pun nak berkira. Kedekut betul! Nampaknya dah melepaslah dia kali ini. Sampai bila pulak dia perlu menunggu untuk cetakan terbaru.

                Tiba-tiba, dia ternampak seorang lelaki berkaca mata sedang memegang sebuah novel. Dari jauh lagi, dia seperti dapat mengangak novel apakah yang dipegangnya. Lantas, dia menuju ke arah lelaki tersebut, merampas novel pegangan lelaki tersebut. Lelaki itu terkejut dengan tindakan tiba-tiba Hanum itu.

                Sah! Twiligh Breaking Dawn, karya Stephenie Meyer! Mungkin ini adalah buku terakhir yang ada di kedai itu sekarang. Hanum mengetap bibir. Dia tidak boleh melepaskan peluang keemasan itu. Buku itu perlu dimilikinya walau apa jua cara. Dia tidak sanggup menunggu lagi.

                “Abang nak beli ke buku ni?” ujar Hanum. Mukanya menunjukkan mimik simpati. Harap-haraplah lelaki itu mengalah dah menyerahkan buku itu kepadanya.

                “Err... iya, saya memang nak beli pun... kenapa ya dik?’ perlahan-lahan lelaki itu mengambil semula buku itu dari pegangan Hanum.

                “Tapi... tak boleh ke kalau Abang beli lain kali saja? Bagilah saya beli kali ni. Saya betul-betul nak beli sekarang. Dua tiga hari ni saya tak boleh tidur sebab asyik terfikirkan ending cerita ni aje... tolonglah.. kali ini je....” Hanum masih menunjukkan reaksi kesian, membuatkan lelaki bercermin mata itu berasa serba salah.

                Hanum yakin dia sudah hampir berjaya. Tinggal mendengar persetujuan dari lelaki itu saja dan kemudian buku itu akan menjadi miliknya. Tolonglah... dia berharap.

                “Emm... nah adik ambillah. Tak apa, saya beli lain kali.”

                Lelaki itu mengalah. Lalu, buku itu diserahkan kembali kepada Hanum. Hanum tidak dapat mengawal perasaan gembiranya lalu bersorak riang. Dia termalu sendiri apabila beberapa pasang mata memandang ke arahnya.

                “Terima kasih! Terima kasih banyak-banyak ya abang! Abanglah insan yang paling baik hati yang pernah saya jumpa dalam dunia ni. Emm... saya Hanum, apa nama abang?”

                Lelaki itu tersenyum. “Panggil Abang Mirzi saja cukuplah.” Ujar lelaki tersebut.

                Hanum mengangguk. Senyumannya lebar sampai ke telinga.

                “Terima kasih ya, Abang Mirzi!”





AISYAH bergegas bangkit, menuju ke pintu depan apabila loceng rumahnya ditekan bertalu-talu. Sempat lagi dia mencapai tuala di sidaian bagi menutup kepalanya yang terdedah.

                Sesampainya di pintu depan, dia membukanya dan terkejut apabila mendapati Hanum pulang bersama dengan seorang lelaki.

                Lelaki yang cukup dikenalinya. Yang telah dia kenali hampir setengah tahun. Bagaimana lelaki itu boleh berkenalan dengan Hanum? Jantung Aisyah berdegup kencang.

                “Err, E..Emirza?” ujar Aisyah.

                “Eh, ni Abang Mirzi, adik jumpa dia kat kedai buku tadi.” Hanum memperkenalkan Emirzi kepada kakaknya.

                Aisyah semakin hairan. Lelaki yang disangka Emirza bukanlah orang yang sepatutnya. Namun, wajah mereka terlalu serupa, walaupun dengan penampilan yang berbeza, dia masih menyangka bahawa lelaki itu Emirza.

                “oh... Maaflah, saya ingatkan awak ini kawan saya, Emirza. rupa awak sebijik macam rupa dia.” Kata Aisyah, kesal dengan kesilapannya.

                “Maksud awak, Abang Mirza? Dia adalah kembar seiras saya. Awak kenal rapat ke dengan Abang Mirza?” ujar Emirzi, memperbetulkan salah faham Aisyah. Dia tahu, sesiapa yang bertemunya pun akan menyatakan perkara yang sama. Sudah namanya kembar, pastinya wajah mereka seiras.

                Aisyah mengangguk sebelum ketawa lembut. Malu pula dirasakan kerana telah tersilap orang. Lantas, dia menjemput masuk namun Emirzi bertegas ingin beredar dulu.

                “Akak tahu tak, Abang Mirzi tu baik betul. Dia rela serahkan novel terakhir ni untuk adik. Lepas tu siap nak temankan adik balik lagi. Dia cakap zaman sekarang ni ramai orang jahat.” 

Bersemangat Hanum bercerita. Novel yang baru dibeli tadi dikeluarkan dari bungkusan plastik.

                “Adik, jangan cepat percaya sangat kat orang luar tu, manalah tahu kalau-kalau dia sengaja nak ambil kesempatan. Lain kali jangan biar orang lelaki teman adik balik sesuka hati je tau!” pesan Aisyah.

                “Ala... Abang Mirzi tu baiklah, akak. Tengok! Dia tak ambil kesempatan pun! Lagipun...” Hanum mula tersengih lebar. Novel kegemarannya itu dikucup lembut.

                “dia tu handsome kan!?” Gatal betul ayat yang dikeluarkan oleh Hanum. Mindanya membayangkan senyuman manis Mirzi. Pandangan tulus jejaka itu mempu menggetarkan jiwanya.

                Aisyah mencemik. Geli pula mendengarkan ayat yang dikeluarkan oleh adiknya tadi.
                “Gatalnya budak kecik ni!” bidasnya.

                “Eh, adik dah 22 tahunlah! Dah besar panjang dah. Kalau kahwin, entah-entah dah masuk anak kedua dah...” Hanum mempertahankan diri. Kakaknya itu selalu merasakan bahawa dia masih budak-budak lagi. Dirinya sudah cukup dewasa untuk dilayan seperti budak kecil.

                “Tapi, betul ke Abang Mirzi tu ada kembar? Akak kenal ke kembar dia?” soal Hanum. Baru dia teringat perbualan Emirzi dengan kakaknya tadi. Betulkah Aisyah mengenali kembar Emirzi? Kalau mereka berdua kenal rapat, masakan dia langsung tidak tahu. Kakaknya sendiri tidak pernah menceritakan perihal seorang lelaki bernama Emirza.

                Aisyah hanya menjongket bahu. Malas hendak dilayan soalan Hanum itu. Kalau dilayan sampai kesudah tidak ada habisnya. Baginya, perihal dia dengan Emirza tidak perlulah diceritakan. Mereka berdua bukanlah ada sebarang hubungan yang serius pun! Walaupun dia sebenarnya mengharapkannya.

                Hanum tidak berpuas hati. Dia ingin sekali mencungkil maklumat daripada kakaknya itu. Kalau benar Emirzi mempunyai kembar seiras, pasti lelaki itu akan kacak seperti raut wajah Emirzi juga.
                Kalaulah ditakdirkan Emirzi berkahwin dengannya, dan kembarnya pula dengan kakaknya, pasti perkara ini akan menjadi sangat menarik! Wah, membayangkannya sahaja membuatkan Hanum teruja!


 “Hmmm... awak tak pernah bagitahu saya yang awak ada kembar kan?”

                “you mean, Mirzi? How do you know him?”

                “dia kawan adik saya. Emm... kenalan baru dia. First time i saw him, saya ingat tu awak! You both memang betul-betul nampak sama! Macam copy and paste aje”

                Wajah Emirza berubah kelat. Tajam matanya membalas pandangan Aisyah. Ya, kami memang sama. Tapi tak serupa.

                Itulah hakikatnya.

                “well, dah nama kembar kan?” wajahnya cuba dimaniskan. “so, apa impression awak when you saw him. I mean, beza antara kami bedua? Who’s better?”

                “dah nama kembar seiras kan, memang payah sikitlah nak cari beza tu. Tapi mostly kembar ni even diorang kembar seiras sekali pun, sure have a large different from one to another tau, and in your case, i didnt find any. Oh, mybe sebab saya baru jumpa dia sekali kot, sebab tu tak perasan.”

                Emirza hanya membisu. Memang Aisyah boleh cakap macam tu buat masa sekarang. Tapi, dia tak berani bertaruh kalau-kalau Aisyah akan rasa mereka sama selepas mengenali Emirzi dengan lebih mendalam. Episod hitam dalam hidupnya akan berulang lagi. Segala kenyataan yang cuba dielak selama ini akan kembali menghantuinya. Dan, dia tidak sanggup, dia tidak sanggup hadapinya selepas dia lari dari semua itu bertahun-tahun lamanya.

                “you know Mirza, saya ada buat research before about the yin and yang. And i can conclude here mostly twins got this yin and yang things. Even diorang look alike, but actually they were pushing through one to another. One is yin and the other one being yang.”

                “so, which one is bad? Yin or yang?” soal Emirza.

                Tak, soalan sebetulnya, Emirzi or Emirza. Desis hati kecilnya.

                “Hmm... apparently, i boleh cakap yang yin tu attract dark, femine and mostly negative things and yang is more to be positive, bright and masculine.”

Dia yin dan Emirzi yang?

                “so, maknanya between us mesti ada yang baik dan ada yang jahat?” serius nada suara Emirzi. Seserius wajahnya ketika itu.

                “take it easy Mirza. Its just chinese philosophy.. kita muslim, right? Kita tak pakai benda benda macam tu. Lagipun, saya buat research tu untuk job saya aje. Tak percaya pun benda-benda macam tu” ujar Aisyah.

                Emirza gelak.”Its okay, saya tak kisah pun. Maybe betul jugak tu... maybe separuh pada saya ada sisi kejahatan kembar saya and separuh lagi adalah kejahatan saya sendiri. Sebab itu lah saya boleh jadi the devil and he  is the angel.” Ada dingin pada ucapan itu.

                “hey, janganlah cakap macam tu. You make me feel uncomfortable.”

                “Haha... tak adalah! saya gurau ajelah,” wajahnya sekali lagi dimaniskan. Tidak mahu Aishah mengesan kenyataan yang cuba disorokkan supaya tidak terlalu teserlah.

                Namun begitu, Aisyah sudah mampu menangkapnya. Aura tidak senang timbul dari Emirza apabila mereka bercerita tentang kembar jejaka itu.
Ada jurangkah antara mereka berdua? Apa rahsia mereka agaknya. Dia teringin betul nak tahu.
               



“Eh, Hanum nak pergi mana tu? Kak Aisyah dah siapkan breakfast dah ni!”

Hanum bergegas menyarungkan beg sandangnya sebelum mencapai kasut Conversenya di dalam rak kasut. Laungan kakaknya hanya dijawab dengan gelengan saja. Tidak sempat nak makan, dia dah lambat. Dia dah berjanji untuk berjumpa dengan Emirzi di kedai buku tempoh hari. Dan dia taknak Emirzi menunggunya lebih lama lagi.

                “Hanum!” lengan gadis itu dipaut. “Nak pergi mana ni?!”

                “Alah, adik dah lambat dah ni kak! Adik ada date ni!”

                “Date? Sejak bila kamu pandai date-date ni? Kamu nak date dengan siapa, Hanum?”

                Hanum menarik lengannya kembali. Kakak ni banyak pulak soalnya. Orang dahlah lambat ni! Gerutu hatinya. Dia bergegas ke pintu pintu pagar. Baru sahaja pintu pagar mahu dibuka, Hanum menepuk dahi. Kemudian, dia pusing kembali, mendapatkan Aisyah yang masih berdiri di muka pintu. Dahinya berkerut.

                Tangan kakaknya dicapai dan disalami. “Kak, mintak restu ya?” ujarnya. “Adik nak pergi date dengan Abang Mizi.”

                “Hanum!” bertambah kerutan di dahi Aisyah. Hanum hanya tersengih sambil memanjangkan langkahnya ke pintu pagar sebelum melambai riang pada Aisyah.





“SAYA tak banyak tahu pasal awak, Aisyah. Even hampir setengah tahun kita kenal, tak banyak pun awak kongsi kisah hidup awak pada saya.”

                Latte yang tinggal separuh dalam cawan disisip perlahan sebelum matanya menatap raut wajah Emirza. Kacak. Bermata bundar dengan alis sedikit lebat. Hidung mancung dan bibir merah tanda tidak pernah merokok.

                Wajah Emirzi muncul di benaknya. Becermin mata dan tersenyum manis.

                Aisyah tersentak. Hampir saja cawan terlepas dari tangannya. Lekas-lekas diletak semula atas piring.

                Kenapalah wajah Emirzi sering muncul setiap kali dia menatap Emirza? Sesuatu bagaikan menyatukan si kembar itu. Selain rupa, mereka juga bagaikan berkongsi satu aura yang sama. Bagai dua insan yang berkongsi satu jasad.

                Aku jumpa dia baru sekali! Aku tak kenal dia sebagaimana aku kenal Emirza! Bentak hatinya.

                “Aisyah?”

                “Err, sorry! Saya tengah fikir pasal benda lain. Awak tanya apa tadi?”

                “Hmm.... Beranganlah tu. I wonder what is actually in you mind. Maybe, hmm.. about me?”

                “In your dream!” balas Aisyah seraya mata dijulingkan ke atas. Emirza tergelak.

                “Saya memang selalu mimpi hal tu... perhaps it could be something real. One fine day,” tiba-tiba saja Emirza berubah serius. Cuak Aisyah jadinya.

“please do not, Emirza... Saya cuma boleh cakap, kita tak boleh simpan harapan terlalu tinggi. Takut nanti, sakitnya tak mampu tertanggung bila kita jatuh kelak,” Matanya dipandang ke lain. Rasa segan menyelubungi dirinya.

                Bukan dia tak suka Emirza. Kalau boleh nak je dia jerit kuat-kuat ‘ya! Saya memang selalu fikir pasal awak!’. Nak je cakap ‘saya suka awak!’ tapi dia tak sedia lagi. Rasa macam 6 bulan tu masih terlalu awal untuk mereka jalinkan apa-apa hubungan. Mereka masih dalam proses mengenali antara satu sama lain.

                Lagipun, dia takut. Dia taknak jadi macam mama dengan papa. Bercerai. Habis keluarga berpecah belah. Perpisahan mama dan papa beri kesan hebat pada dia dengan Hanum. Mereka jadi mangsa keadaan. Dia terpaksa berpisah dengan Hanum. Dia tinggal dengan mama manakala Hanum dengan papa.

Bila mereka meningkat dewasa barulah mereka buat pilihan untuk hidup sendiri, tak mahu terikat dengan orang tua mereka. Lagi-lagi, bila kedua-dua papa dengan mama, bahagia dengan pasangan baru masing-masing.

“saya pergi buat bayaran, lunch hour dah nak habis.” Emirza bingkas bangkit. Mungkin nak lari dari suasana yang tiba-tiba berubah tegang tu. Mungkin jugak nak lari dari dikesan yang dia sebenarnya dah berjauh hati, terasa dengan jawapan dari Aisyah tadi. Terang-terang seperti dia ditolak tadi walaupun hakikatnya tidak.

Aisyah gigit bibir sambil menghantar langkah Emirza ke kaunter. Halamak! Aku dah salah cakap ke? Alah, aku gurau je, takkan dia terasa kot. Sensitif jugak Emirza ni rupanya. Harap muka je tough.
Emirza ni pun satu. Dia ni kan perempuan, kenalah cover sikit. Mana boleh tunjuk perasaan dia secara terang-terangan, jatuhlah standard dia nanti.

Bunyi handphone Emirza yang diletak atas meja menarik perhatian Aisyah. Tiba-tiba dia rasa cemburu. Sekilas dijeling Emirza yang masih di kaunter pembayaran sebelum dipanjangkan lehernya, mengintai mesej yang terpapar pada skrin telefon bimbit itu. Mintak maaf kalau ganggu privasi ye, bisiknya dalam hati.


From: Hanum
abang Mirzi, pagi esok teman Hanum pergi pilih buku lagi ye? *smile*


Eh. Diulang baca mesej itu lagi. Memang tak ada silap. Rasanya memang dia tak ada masalah dalam membaca. Ditenyeh pula matanya berkali-kali. Memang betul mesej tu. Baru je tangannya diangkat untuk mencapai handphone Emirza, lelaki itu tiba-tiba muncul di tepi.

“Shall we?”

“uh, err.. yeah. Jom,” matanya masih tertancap pada handphone yang sudah berada di dalam genggaman Emirza.

Apakah? Dia tak faham. Dia nak tanya tapi suara bagai tersekat di kerongkong. Dikalih pandang wajah tenang Emirza dan handphone itu bersilih ganti. Dia perlukan jawapan. Dia betul-betul tak faham!




                Aisyah masih memerhati dari jauh. Saat dia nampak Hanum dan Emirzi keluar dari Mercedes biru navi yang diparkir dihadapan shopping complex itu, hatinya sudah berdebar kencang. Dia kenal kereta itu. Dia cam sangat. Tak mungkin semua ni kebetulan. Tak mungkin ada dua manusia yang berwajah serupa, yang mempunyai kereta dan nombor telefon yang sama tapi punya identiti yang berbeza!

                Adakah Emirza sedang mempermainkan dia? Bukan! Mungkin namanya Emirzi. Ahh, dia tak tahu! Dia tak boleh nak fikir. Semuanya nampak kabur. Fikirannya kusut.

                Aisyah keluar dari kotak parkir, memandu tanpa hala tuju. Sebak di dadanya cuba ditahan.  Ada air jernih yang bergenang di pelupuk matanya. Akhirnya, dia membelok, mencari hala tuju yang pasti. Satu-satu tempat yang dapat difikirkan ketika itu hanya tempat kerja Emirza. Melding Production. Mungkin dia akan dapat jawapan yang diingini di situ. Mungkin.





Kepala yang berdenyut di urut perlahan. Seketika nafasnya dihela.  Petikan akhbar dari laman web yang terpapar didepannya itu dipandang sejenak. Kata-kata rakan sepejabat Emirza tadi pun bermain di mindanya berulang ulang kali. Seperti tape rosak

Entahlah kak, kadang-kadang dia bahasakan diri dia  Mirza, kadang kadang Mirzi. Bila dia jadi Mirza, dia pergi photo shoot outdoor. And bila dia jadi Mirzi, dia buat bahagian-bahagian editor. Kami pun tak faham. Bila tanya dekat Puan Pengarah kami, dia tak cakap banyak pun.

Dengar kata, Puan kami tu kawan parents dia. Jadi kami tak beranilah nak bising-bising. Dah terbiasa dah. Hampir lima tahun dia kerja sini, macam tulah!

Sebenarnya, kami pun tak pasti dia tu siapa. Sama ada Mirza ke Mirzi... entah! Kami tak tahu! Budak tu sebenarnya... psiko!

Tak dia tak psiko. Split personaliti? Mungkin! Dia dalam masalah dan  perlu dibantu. 10 tahun dia hidup sebegitu, betapa terseksanya, Tuhan saja yang tahu.
Dipandang bingkai gambar yang terletak elok di atas meja. Gambar dia dan Hanum. Tersenyum ceria. Waktu tu dia baru tamatkan pengajiannya dan Hanum ambil keputusan untuk tinggal bersamanya di Malaysia.

Aisyah mengeluh berat. Tak berniat nak babitkan Hanum dalam masalah ini. Sebolehnya melukai Hanum adalah berkara yang terakhir yang dia akan buat. Kalau tidak punya pilihan lain. Hanum adiknya. Satu-satu darah dagingnya.



Maafkan kak, dik...


nota kaki - susah nak update sekarang akibat kekangan waktu yang tak menentu. haih. tapi apapun, kyu akan cuba habiskan cerpen ini as soon as possible, taknak buat panjang panjang, nanti bosan lak jadinya. farewell~

No comments:

Post a Comment